02 August, 2010

Pertandingan Kawad kaki KRS

Kadet Remaja Sekolah (KRS) SMKSMAB telah menyertai Pertandingan Kawad Kaki KRS Peringkat Daerah Kota Setar 2010 pada 28 Julai baru-baru ini. Pertandingan intu dilangsungkan di Rejimen 513, Askar Wataniah, Kem Bukit Pinang, Kepala Batas. Kesungguhan peserta KRS menjalani latihan selama 3 minggu berturut-turut setiap hari menunjukkan bahawa mereka mempunyai semangat jati diri yang kuat dan sentiasa mahukan yang terbaik buat pasukan.

Latihan pasukan ini dikendalikan bersama oleh Cikgu Ezzat bersama bantuan teknik berkawad yang betul daripada  jurulatih bertauliah. Pasukan ini sempat ke Kem Rejimen 513 bagi menjalani latihan intensif sebanyak 3 kali iaitu pada 19, 22 dan 27 Julai bagi mendapatkan seberapa banyak pengalaman mengenai teknik berkawad yang betul dan tepat.


Puan Fauziah selaku PK Kokurikulum, bersama Cikgu Ezat serta jurulatih kawad dari Kem Rejimen berbincang untuk mencari yang terbaik bagi pasukan KRS SMKSMAB.


Pasukan KRS sekolah berjaya mendapat tempat ke empat dalam pertandingan tersebut. Syabas semua ahli KRS, juga buat Penyelaras KRS sekolah, Pn Munah bt Mohamad Julie yang sentiasa bertungkus lumus memastikan pasukan ini menjalani latihan dengan penuh disilin. Tahniah. Cuba lagi di tahun hadapan.

1 comment:

  1. Laman yang menarik
    Layari laman Bahagian Latihan KRS N9 di http://latihkrsn9.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails