28 July, 2010

Karnival Bola Jaring Ting 1 & 2

Karnival Bola Jaring bagi Tingkatan 1 & 2 peringkat sekolah telah selamat dijalankan pada petang 27 dan 28 Julai 2010. Sebanyak 4 kelas dari Tingkatan 1 dan 4 kelas dari Tingkatan 2 telah mengambil bahagian. Setelah 2 hari berlangsung, karnival ini telah berjaya melahirkan ramai pelapis baru yang berpotensi.

Kelincahan pemain-pemain dari Tingkatan 1 AG telah mengkagumkan ramai orang yang menyaksikan perlawanan ini. Akhirnya mereka berjaya dinobatkan sebagai Johan berkat usaha gigih dan kerjasama yang padu sesama rakan pasukan.








Karnival ini telah berjaya mengenalpasti ramai pemain yang berkebolehan terutamanya dalam menjaring bola. Insyaallah pada tahun depan mereka akan diserapkan dalam pasukan sekolah.
 Ramai juga peminat lelaki yang hadir memberikan sokongan kepada rakan sekelas masing-masing. Inilah sikap yang positif yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar lelaki yang tinggal di asrama.


Terima kasih dan syabas diucapkan kepada semua AJK Bola Jaring, guru penasihat yang sentiasa menyokong dan kepada semua yang menyertai karnival ini. InsyaAllah aktiviti ini pasti menjadi tradisi yang perlu dilangsungkan lagi pada masa hadapan kerana banyak impak positif yang diperolehi. Tahniah Kelab Bola Jaring SMKSMAB.
Related Posts with Thumbnails