12 October, 2011

Bacaan Yassin untuk Guru-guru Bakal Haji tahun 2011

Pagi ini, bertempat di surau sekolah, para pelajar bersama guru-guru SMKSMAB termasuk Tuan Pengetua, Puan Hajah Dewi Rosnah Binti Radin Suhadi membacakan surah Yassin khas buat mendoakan keberangkatan guru-guru SMKSMAB yang bakal menunaikan haji pada tahun ini. Seramai 4 orang guru dijangka berangkat ke Mekah Al-Mukarramah iaitu Penolong kanan Hal Ehwal Murid, En Azizan B. Saud, Guru Kanan Teknik Vokasional, Puan Anisah binti Ahmad, En Abdul Halim Bin Hassan dan En Najid dari Unit pendidikan Khas.
Majlis bacaan yassin ini diketuai oleh Ustaz Khairul Bazli yang seterusnya membaca doa khas mendoakan keselamatan bakal-bakal haji dari SMKSMAB ini dalam perjalanan menuju iman.

Ustaz Khairul Bazli mengetuai bacaan yassin untuk mendoakan keselamatan bakal-bakal haji dari SMKSMAB.

" Tiba masanya lambaian Kaabah,
Buat guru-guru berjiwa luhur,
Haji Azizan, Haji Halim dan hajah Anisah,
Semoga mendapat haji yang mabrur."

Selamat pergi dan selamat pulang buat semua guru-guru yang terlibat. Semoga perjalanan kalian ke tanah suci diberi ganjaran oleh Allah. 

Related Posts with Thumbnails