26 June, 2011

Temasya Balapan & Padang SMKSMAB 2011,....Meriah!

Kejohanan Balapan dan Padang sekolah kali ke 24 selamat dilangsungkan pada hari ini, Ahad- 26 Jun 2011. Temasya kali ini bertempat di Stadium Darulaman dan dirasmikan oleh pegawai penyelaras Parlimen Pokok Sena iaitu Dato' Haji ahmad B Lebai Sudin. Acara dimulaka pada jam 2.30 dan berakhir jam 6 petang. Kehadiran para waris yang ramai tambah memeriahkan suasana temasya. Jom kita saksikan detik-detik gemilang ini.


Temasya kali ini diserikan dengan kehadiran tetamu utama iaitu Dato' Haji Ahmad B Lebai Sudin. DSDK, SMK,JP. (Pegawai Penyelaras Parlimen Pokok Sena}
Sangat membanggakan apabila kehadiran waris melebihi jangkaan,...tahniah kepada semua waris pelajar.

Acara-acara yang dilangsungkan pada hari ini adalah acara akhir bagi setiap kategori. Sebahagian acara sudahpun selesai ketika pra kejohanan yang telah berlangsung pada Selasa hingga Khamis lepas. (21 -23 Jun 2011) di padang sekolah.


Pasukan Perbarisan dari Al-Farabi yang menjuarai pertandingan antara rumah-rumah sukan pada tahun ini. Persembahan jimnastik yang dipersembahkan oleh si kecik cilik telah menambat hati juri dan semua tetamu pada hari ini.

KRS...Unggul. Johan Perbarisan Unit Berunifom.

Rumah Sukan AT-Tarmizi, walaupun tidak mendapat tempat dalam acara perbarisan namun berbangga kerana mampu mengalahkan rumah sukan lain apabila dinobatkan sebagai Juara Temasya Balapan & Padang 2011. Tahniah AT-Tarmizi. Tahniah buat Cikgu Ashraf yang bertanggungjawab sebagai Ketua Rumah Sukan.


Perbarisan dari Unit Pendidikan Khas, segak dan bergaya sekali.





Pelajar-pelajar yang hebat, tangkas, segak bergaya..merekalah penyeri setiap acara. Kelihatan pasukan gendang dari unit tanbor sekolah.










Temasya Balapan & Padang kali ini lebih meriah dan sempurna dengan penampilan persembahan senam robik yang mencuri tumpuan penonton.  Terdiri daripada pelajar perempuan tingkatan 1 dan 2 yang gigih berlatih di bawah seliaan cikgu Norazaina dan cikgu Lai.



Pasukan Silat yang mengkagumkan dengan persembahan yang bertenaga.


Pasukan Tanbor sekolah yang menampilkan persembahan menarik hasil latihan tanpa mengira penat lelah. Semoga ketabahan hari ini menjadi pendokong kejayaan masa depan, Insyaallah.


Temasya Balapan & Padang kali memang meriah sekali, Selain memperlihatkan semangat kesukanan, kerjasama semua warga sekolah, keprihatinan para waris, terdapat hadiah daripada YB Dato' Haji Ahmad B Lebai Sudin apabila beliau mengumumkan sumbangan untuk sekolah sebanyak RM5000. 
Terima kasih YB. Semoga impian untuk membina "Arena Al-Bukhary" menjadi kenyataan. Insyaallah.
Terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak samada para pelajar, guru-guru, pihak pengurusan sekolah, malahan tidak lupa juga buat pekerja swasta yang banyak membantu. Tiada kata-kata yang boleh diluahkan selain pepatah yang mempuanyai aura bestari, 
"Muafakat Membawa Berkat".



Related Posts with Thumbnails