19 June, 2011

SISWA SMKSMAB 2011....Pertemuan bermakna para waris dan guru


Bertempat di surau SMKSMAB hari ini, satu pertemuan antara para guru dan waris pelajar telah dilangsungkan dengan jayanya. 
Bermula jam 7.20 pagi, para pelajar dengan ditemani waris masing-masing berkumpul di surau bagi memulakan majlis dengan acara rutin  warga sekolah setiap pagi iaitu bacaan yasin beramai-ramai. 

Sementara itu para guru tingkatan telahpun melaksanakan sesi pendaftaran untuk waris bagi setiap tingkatan 1, 2 dan 3. Selepas bacaan yasin, Madam Dewi Rosnah memberikan taklimat khas untuk para waris bagi memaklumkan perancangan terkini pihak sekolah untuk peningkatan prestasi pelajar khususnya pelajar tingkatan 3 dan 5 yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM nanti.


Sejurus selepas itu, para pelajar cemerlang dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun diberi hadiah galakan berupa talileher dan seluar sukan. Seramai 13 pelajar dari tingkatan 1 hingga 3 yang mencapai tahap cemerlang iaitu Gred Mata Terkumpul (GPK) di bawah 1.40 telah menerima hadiah tersebut yang disampaikan oleh YDP PIBG SMKSMAB iaitu Encik Mohd Kamal.



Sesi waris bertemu guru tingkatan telah dilangsungkan dengan penuh semangat keprihatinan, para waris yang sudah diberi nombor gilran sebelum ini sabar menunggu untuk berbincang megenai prestasi anak-anak mereka. Tempat pertemuan waris-waris tingkatan 1 dan 2 dengan guru-guru tingkatan dilangsungkan di Anjung Mutiara sementara untuk pelajar tingkatan 3, pertemuan diadakan di Dewan Iltizam.
Di harapkan aktiviti ini akan memantapkan persedian pelajar dan seluruh isi keluarga bagi bersama-sama para guru meraih kejayaan yang lebih memberangsangkan nanti. Insyaallah.

Related Posts with Thumbnails