31 March, 2010

Kehadiran yang dinanti...

Setelah mantan pengetua Puan Hajah Nooraini Bt Mohd Noor menamatkan perkhidmatannya di SMK Syed Mohamed Al-Bukhary pada penghujung Disember 2009, sekolah ini ternanti-nanti siapakah bakal peneraju baru  yang bakal meneruskan perjuangan dan hala tuju SMKSMAB. Jawapan kini sudah terlerai, beliau adalah Puan Hajah Dewi Rosnah Bt Radin Suhadi.


Ketibaan beliau disambut oleh Penolong Kanan Puan Hajah Jamaliah Bt Abdul Fatah.


Kedatangan beliau turut diiringi oleh staf dari SMK Bandar Baru Darulaman, Jitra.

Puan Dewi sempat beramah mesra bersama pelajar-pelajar Pendidikan Khas semasa melakukan kunjungan pertama di bumi SMKSMAB.


Di iring oleh Penolong Kanan HEM SMKSMAB,  En. Azizan Bt Saud melawat asrama pelajar...


Di sinilah bilik rasmi tempat bertugas, selamat maju jaya! 

Related Posts with Thumbnails