03 January, 2011

Menggapai Impian 2011.





Sesi pendaftaran bagi pelajar-pelajar baru (Tingkatan 1) pada 29 Disember 2010. Kelihatan Madam Dewi Rosnah bersama Penyelia pelajar Tingkatan 1 sedang melayani urusan pendaftaran. Selamat datang pelajar baru. Semoga kalian semua akan menggapai impian yang cemerlang bersama SMKSMAB.



Kesempatan ini warga sekolah ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua waris dan pelajar SMKSMAB,  semoga tahun baru ini menjanjikan banyak kejayaan buat kita semua. Tiada yang paling menggembirakan pihak sekolah selain dari penghargaan semua pihak yang berurusan dengan pihak sekolah di sepanjang tahun 2010 lalu. Insyaallah tahun baru 2011 ini memberi ruang yang lebih luas untuk SMKSMAB menggapai impian agar terus cemerlang dan terbilang. Kejayaan demi kejayaan yang SMKSMAB capai  adalah hasil  kerja keras semua, guru-guru yang bersikap sabar, berkasih sayang pada semua pelajar tidak jemu mendidik adalah aset yang membolehkan SMKSMAB terus cemerlang di persada dunia pendidikan. Biarpun sesekali kita tersungkur, namun kegagalan bukan petanda kehancuran. Kegagalan adalah petanda kejayaan yg bakal menanti. Selamat mendaftar semua pelajar baru, selamat kembali ke bangku sekolah semua pelajar lain...sama-sama kita meredah denai 2011 yang masih berliku ini..semoga di penghujungnya ada sinar untuk semua. Dugaan 2010 seharusnya di jadikan pengajaran bersama moga kita lebih baik dari tahun yang sudah. Semoga tahun baru ini menyinarkan cahaya buat kita semua!
Pagi Isnin, 3 Januari 2011...bumi SMKSMAB kembali bersemarak, walaupun hujan lebat mengiringi pagi ini,..kedatangan pelajar ke sekolah adalah penuh. Terima kasih semua. 




Related Posts with Thumbnails