30 June, 2010

Diari Ahad, 27 Jun 2010

Masa : 7.40 pagi.
Tempat : Dewan Iltizam
Acara : Perhimpunan Rasmi Mingguan Bersama Pengarah Pelajaran Kedah.


Ketibaan Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah ke Dewan Iltizam untuk bersama-sama dalam Perhimpunan rasmi sekolah disambut oleh seluruh warga sekolah dengan gembira. Beliau kelihatan bersalam dengan para pelajar yang berbaris di sepanjang laluan.
Ketika berucap dalam perhimpunan  tersebut, beliau mengharapkan pelajar-pelajar SMKSMAB sentiasa mahu bersaing bagi mencapai kejayaan dalam semua lapangan. Kejayaan hanya diperolehi jika seseorang pelajar terlebih dahulu berjaya mendisiplinkan dirinya sendiri.
 
Perhimpunan rasmi ini turut disertai oleh YDP PIBG SMKSMAB, En, Kamal b. Mohd Akhir yang sentiasa aktif menyokong sebarang aktiviti sekolah.


Tuan Pengarah diberi peluang bagi menyampaikan hadiah penghargaan kepada pelajar yang berjaya mendapat tempat dalam pelbagai aktiviti kokurikulum. Kelihatan Muslihah bt Ahmad menerima penghormatan untuk menerima anugerahnya daripada Tuan Pengarah. 


Madam Dewi Rosnah bt Radin Suhadi meraikan Tuan Pengarah Pelajaran dengan sarapan pagi di Dewan Asrama setelah selesai majlis perhimpunan rasmi pagi ini. Terima kasih tuan.

Jam : 10.30 pagi
Tempat : Anjung Mutiara
Acara : Hari Jaya Waris Tingkatan 3 & 5

Pada hari yang sama Majlis Jaya Waris 2010 untuk pelajar Tingkatan 3 dan 5 diadakan di Anjung Mutiara. Sambutan amat menggalakkan di kalangan waris yang datang sehingga memenuhi ruang yang telah disediakan. Selepas mendengar ucapan Tuan Pengetua, sesi perbincangan "Hati ke Hati" antara guru tingkatan, guru mata pelajaran telah berlangsung. Waris-waris pelajar tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk mendengar laporan prestasi anak-anak mereka.

Kelihatan Cikgu Fadhilah selaku guru tingkatan 5 Sains sedang melayani waris pelajarnya yang begitu prihatin. Inilah waktu yang sesuai bagi waris serta guru sama-sama berperanan bagi melonjakkan kecemerlangan PMR dan SPM 2010 yang bakal dihadapi tidak lama lagi.

Pelajar-pelajar turut mendengar hasil perbincangan antara guru dan waris mengenai prestasi masing-masing.

Guru Tingkatan  5 Perdagangan bersama waris pelajar...

Madam Dewi Rosnah juga menerima tetamu dari golongan waris yang ingin membincangkan sendiri prestasi anak-anak mereka dengan pengetua sekolah., semoga usaha yang murni ini akan berjaya melonjakkan kecemerlangan SMKSMAB dalam PMR dan SPM nanti. InsyaAllah.

Terima kasih kepada semua yang terlibat, para guru yang bertungkus lumus, pelajar-pelajar yang berusaha serta para ibu bapa yang berharap dan bercita-cita.
Related Posts with Thumbnails