07 September, 2013

KURSUS DALAM PERKHIDMATAN - KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

Pada 7 hb September 2013 yang lalu, guru-guru SMKSMAB telah diperkenalkan dengan suatu kemahiran iaitu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Kursus ini telah dikendalikan oleh seorang fasilitator dari Institut Aminudin Baki iaitu Dr Bala.
Bermula jam 9.00 pagi, semua guru peserta kursus diberi taklimat dan latihan untuk mengaplikasikan teknik berfikir dengan lebih berkesan. Selari dengan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan yang mula dilancarkan tahun 2013, KBAT perlu diamalkan oleh semua guru bagi merangsang pemikiran yang lebih kritikal dalam kalangan pelajar.







En Shahrir Bin Abu Bakar, Pengetua SMK Syed Mohamed Al-Bukhary turut menyertai  kursus ini.
Antara teknik  KBAT yang dapat diaplikasikan dalam kelas Bahasa Melayu

Rumusan dari KBAT
1. Tiada siapa berfikir dengan sempurna atau berfikir terlalu lemah sepanjang masa.
2. Menghafal sesuatu perkara tidak sama dengan berfikir tentang sesuatu perkara itu. Menghafal sesuatu boleh dilakukan tanpa memahami perkara itu.
3. Berfikir boleh dilakukan dalam bentuk perkataan / gambaran / renungan
4. Apabila seseorang menghafal dan memberi maklumat itu semula tanpa perlu berfikir itu yang dinamakan robot. Dia melakukan apa yang telah diprogramkan.
5. KBAT memerlukan kita melakukan sesuatu dengan maklumat / fakta / idea yang diterima dengan memberi makna yang berlainan dan implikasi yang berbeza daripada kebiasaan. Mesti memahaminya, menggabung dan menghubungkait antara satu sama lain, mengkategorikan dan memanipulasinya untuk membolehkan menemui makna dan kefahaman baru. Mengunakannya seperti mana kita sentiasa mahukan penyelesaian yang baru kepada setiap permasalahan / peristiwa baru

Related Posts with Thumbnails