Showing posts with label PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN. Show all posts
Showing posts with label PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN. Show all posts

12 August, 2012

SEMARAK MERDEKA DI BUMI BERTUAH

Sinar pagi hari Isnin bersamaan 6 hb Ogos 2012, telah berlangsunglah Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah. Semua pelajar dan guru-guru berkumpul di Anjung Mutiara. Setelah doa dibacakan oleh wakil pelajar, majlis telah dipersembahkan dengan batu persembahan pentomin berunsurkan patriotik yang dibimbing oleh En Ezzat bin Omar.
Dalam masa yang sama Pasukan Tambor sekolah telah mengiringi perarakan bendera panjang ke pentas. Selepas itu, semua hadirin tersentuh jiwa serta semangat dengan deklamasi  sajak oleh Cikgu Ezzat yang diiringi dengan tiupan flute oleh Cikgu Ezhar. Gabungan persembahan yang mantap ini mampu menyentuh dan menyuntik semangat patriotik semua warga sekolah. Sememangnya terbaik.

Jalur Gemilang diarak ke pentas diiringi pasukan Tambor sekolah.

Upacara Perasmian Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah telah disempurnakan oleh Penolong Kanan , Pn Jamaliah Bt Abdul Fatah dan semua Penolong-penolong  Kanan serta diiringi juga oleh Guru-guru Kanan.


6 pelajar berpakaian kebangsaan lengkap dengan memakai topeng berwajahkan enam Perdana Menteri Malaysia, melaungkan laungan keramat "Merdeka" sebanyak tujuh kali sebagai gimik sejarah kemerdekaan negara dari 1957
hingga kini.


Nyanyian beramai-ramai lagu patriotik oleh semua warga sekolah, diketuai oleh pihak pengurusan sekolah serta semua  guru dengan penuh bersemangat menyanyi sambil mengibarkan bendera.
Semarak bergema nyanyian pelajar di bawah pentas sambil mengibar jalur gemilang dan bendera negeri Kedah.


Dengan perasmian Bulan Kemerdekaan  ini, bermulalah pelbagai aktiviti dan penyertaan pelajar dalam menjayakan hari-hari istimewa negara yang kita cintai ini. Semarak merdeka di bumi bertuah!. Selamat Menyambut Hari kemerdekaan Negara kali ke 55. Merdeka, Merdeka, Merdeka.

02 August, 2010

Pelancaran Bulan Kemerdekaan di SMKSMAB

Bertempat di Anjung Mutiara, jam 7.40 pagi...perhimpunan seluruh warga sekolah diadakan bagi melancarkan Program Bulan Kemerdekaan sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 53. Acara perasmian dilaksanakan oleh Pn Hajah Dewi Rosnah bt Radin Suhadi, pengetua SMKSMAB.

Pn Hajah Dewi Rosnah menandatangani bendera gergasi yang berukuran 74 meter sebagai tanda merasmikan pelancaran bulan kemerdekaan peringkat sekolah.


Pelajar berbaris panjang bersama bendera yang telah diusahakan oleh Panitia Sivik dan guru ERT. Jalur Gemilang gergasi yang bakal dikibarkan di sepanjang bulan kemerdekaan ini.




Nyanyian lagu-lagu patriotik sambil mengibarkan jalur gemilang. Semoga dapat diserapkan nilai cintakan negara sendiri dijiwa semua pelajar SMKSMAB.







Selesai acara pelancaran Bulan Kemerdekaan, warga SMKSMAB terpaku sejenak apabila diumumkan hari ini merupakan Hari kelahiran Madam, dengan sepontan semua pelajar dan guru-guru menyanyikan lagu "happy bithday" beramai-ramai...memang nostalgik betul suasana ketika ini,.tak mungkin terlupakan oleh madam...selanjutnya bacaan doa khas buat beliau oleh Ustaz Khairul Bazli..melengkapkan lagi sambutan ulang tahun kelahiran madam yang ke 52....tahniah madam!

Inilah kek yang ditempah oleh Majlis Staf untuk sambuatan hari lahir Madam Dewi Rosnah. Semoga berbahagia selalu, sukses dalam sebarang pekerjaan dan menjadi manusia yang berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Satu suasana dua agenda dilangsungkan pagi ini dengan jayanya...Pelancaran Bulan Kemerdekaan beserta sambutan hari kelahiran pengetua SMKSMAB yang disayangi.



Ogos kembali lagi bersama gema patriotik anak kelahiran bumi tercinta. Kini bendera gergasi telah dikibarkan di sepanjang pagar di hadapan sekolah. Megah sungguh Jalur Gemilang nan indah..lambang kesetiaan dan kecintaan kami..warga SMKSMAB padaMU..Malaysia.
Related Posts with Thumbnails