08 November, 2011

Sesi persekolahan 2011 hampir tamat,..hari-hari untuk persekolahan semakin berakhir. Cuti semakin hampir. Calon SPM mula demam menantikan tarikh peperikasaan, manakala calon PMR berdebar menanti keputusan. Guru-guru pula sibuk membuat pemarkahan,  menganalisis setiap ujian bagi menentukan kedudukan kelas di tahun hadapan.

Aktiviti permainan menjadi keutamaan sekarang, banyak pertandingan antara kelas dijalankan bagi mengisi masa terluang. tidak lupa juga kursus keagamaan. pelajar didedahkan dengan perkara baru sebagai ilmu tambahan agar sempurna kehidupan. Berikut disertakan beberapa gambar yang sempat diambil semasa kursus pengurusan jenazah yang diadakan di surau baru-baru ini.

Pelajar didedahkan dengan informasi berkaitan pengurusan jenazah. Peralatan yang diperlukan untuk memandikan mayat dipamerkan untuk memudahkan pemahaman pelajar.

Pelajar melihat sendiri teknik memandikan mayat yang betul oleh pemudahcara yang dijemput khas.

Latihan menyembahyangkan jenazah.
Harapan pihak sekolah agar pelajar dapat memanfaatkan cuti yang bakal tiba dengan program yang boleh mengisi masa dengan berfaedah.
Buat calon SPM yang akan menduduli SPM yang bermula 14 November ini, warga SMKSMAB mendoakan agar kalian semua dapat menjalani peperiksaan ini dengan tenang. semoga semua berjaya meraih kecemerlangan yang diimpikan. Insyaallah.
Related Posts with Thumbnails