20 June, 2010

Kembali ke Sekolah

Hari ini adalah hari persekolahan setelah bercuti selama 2 minggu. Sepanjang tempoh tersebut SMKSMAB banyak menganjurkan kelas tambahan untuk pelajar PMR dan SPM. Pelajar-pelajar dari kelas lain juga telah dibekalkan dengan kerja rumah bagi mengelakkan waktu cuti berlalu begitu sahaja.

Hari ini, semua pelajar dan guru SMKSMAB berkumpul semula di Dewan Iltizam dalam perhimpunan rasmi sekolah. Pengetua sekolah Madam Dewi Rosnah bt Radin Suhadi berpuashati dengan kehadiran dan penampilan semua pelajar. Beliau juga telah mengalu-alukan sertas memperkenalkan seramai lima orang guru baru yang mula bertugas di SMKSMAB hari ini.

Dalam ucapannya Madam sempat memaklumkan kepada semua mengenai pengalaman beliau bersama bekas pelajar SMKSMAB yang membuat pertemuan semula pada 11 Jun lalu, beliau turut berbangga dengan pencapaian gemilang bekas-bekas pelajar yang kebanyakannya berjaya dalam pelbagai bidang kehidupan. Ingatan diberikan kepada semua pelajar supaya menghargai dan menyanyangi SMKSMAB dan memelihara semangat "Bukharian" yang mempunyai nostalgia tersendiri kepada semua insan yang pernah bernaung di sini.
Related Posts with Thumbnails