20 May, 2010

16 Mei yang ceria dan indah.....di SMKSMAB.


Madam Dewi Rosnah merasmikan sambutan Hari Guru peringkat sekolah dengan acara pemotongan kek..


Tetamu kehormat Majlis Hari Guru SMKSMAB 2010 diserikan dengan kehadiran YDP PIBG, En Mohd Kamal yang sentiasa memberikan sokongan padu dalam sebarang aktiviti sekolah.

Madam menyuapkan kek kepada cikgu Azizan, suatu kenangan yang tak terlupakan...


En Kamal menyampaikan anugerah untuk Cikgu Azizan yang berjaya membuat kutipan terbanyak dalam AMONIA.


acara makan-makan di bilik guru...makan banyak-banyak satgi nak berlakon pulak, 3 pelakon utama babak Dang Anum. (Cikgu KKairizah, Cikgu Siti Ruhilah dan Cikgu Siti Salwa)




Cikgu Mesnah dikerumuni oleh pelajar yang berebut nak suapkan kek...bertuahlah cikgu Mesnah hari ni...


Puan Jaliah menjamu selera di sebelah madam...

15 May, 2010

AMONIA - A Morning in Al-Bukhary...Sukses!



Bertempat di perkarangan SMKSMAB hari ini, bermula jam 7.00 pagi, sudah kelihatan sedikit sibuk dengan persiapan akhir aktiviti  yang melibatkan keseluruhan warga sekolah dan AJK PIBG serta  waris pelajar untuk menjayakan Amonia - bersarapan sambil menderma.


Acara bermula dengan senamrobik beramai-ramai, diikuti dengan bersarapan bersama...para waris dan pelajar boleh membeli pelbagai makanan dari gerai-gerai yang telah disediakan. Antaranya ialah gerai laksa, bihun sup, nasi lemak, mee dan bihun goreng, kuih muih dll. Suasana amat meriah...dan amat membanggakan kerana kupon yang dijual habis dibeli...wahh sesuatu yang diluar jangkaan semua...ini jelas menunjukkan semangat kerjasama dan kekitaan amat tinggi dalam kalangan semua yang terlbat. Syabas SMKSMAB...semoga impian untuk membina Anjung Al-Bukhary terlaksana...







Aktiviti semakin meriah apabila cabutan bertuah bagi kupon-kupon yang dibeli dijalankan, hadiah utama berupa sumbangan dari pelbagai syarikat seperti telivisyen, basikal dan hamper dan tajaan penginapan. Ramai yang bertuah termasuk pengetua SMKSMAB Pn Hajah Dewi Rosnah, serta orang kuat Kokurikulum, Pn Pauziah Ahmad, tahniah.


Aktiviti gotong royong dijalankan selepas semuanya selesai..alhamdulillah semuanya beres dalam masa yang singkat kerana semangat kekitaan yang amat jitu telah ditunjukkan oleh semua warga SMKSMAB.

14 May, 2010

SMKSMAB- Menyahut seruan "Guru Pembina Negara Bangsa"



GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

11 May, 2010

Terima kasih SSBJ - Kembara ilmu

Pada 6 Mei lalu Kelab Bola Jaring SMKSMAB dengan kerjasama olahragawan sekolah berpeluang membuat lawatan sambil belajar ke Melaka Bandaraya Bersejarah dan Kuala Lumpur. Turut tersenarai dalam lokasi lawatan ialah Sekolah Sukan Bukit Jalil, sampai di sana, kami kagum dan terharu dengan sambutan dan keramahan warga SSBJ termasuklah Madam Marina Chin (sprinter era 80-an) yang kini menjadi pengetua di sini. Turut meraikan kami ialah para guru dan atlit SSBJ yang semuanya mesra dan berbudi bahasa.

Peserta lawatan yang terdiri daripada Kelab bola jaring dan olahraga SMKSMAB bersama guru dan atlit bergmbar kenangan.



Madam Marina Chin, Pengetua SSBJ, Cikgu Zaidi (Pen kanan kokurikulum SSBJ), guru pengiring dan peserta lawatan  bergambar kenangan sejurus kami sampai...



....sementara peserta olahraga dibawa kepadang untuk klinik olahraga bersama para atlit olahraga SSBJ, ahli kelab bola jaring juga diberikan latihan dan panduan untuk mendalami ilmu bola jaring...mereka mendapat banyak tunjukajar dan panduan serta disiplin oleh pemain bola jaring SSBJ yang rata2nya berketinggian 170 cm...
Penyelaras Kelab bola Jaring SMKSMAB bersama guru-guru dari SSBJ Pn Rozila dn Pn Sharlini yang amat membantu, mesra  dan peramah.


sempat merasa hidangan untuk para atlit...di dewan makan SSBJ


Lawatan ini turut disertai oleh abang wan (azwan) dan cikgu Sobri..


Sempat dibawa meninjau persekitaran sekolah...kagum dengan kemudahan sukan yang terdapat di SSBJ. Selamat tinggal SSBJ, kenangan indah yang membuka minda kami semua.

04 May, 2010

Hari Anugerah Cemerlang SMKSMAB 2010 yang penuh gemilang

Pentas semasa hari anugeran.


Majlis dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman, Yang Berusaha Tuan Haji Shahidan b. Abd. Rahman, KMN, PPN, BCK.


Hadiah disampaikan oleh Tuan Pengarah Pelajaran kepada para pelajar yang cemerlang.



Acara persembahan pelajar diserikan oleh band pelajar SMKSMAB dengan irama 60-an yang amat menghiburkan. 
Sebagai cenderahati, Puan Hajah Dewi Rosnah (pengetua SMKSMAB) menyampaikan lukisan potret Tuan Haji Shahidan dan isteri yang dilukis secara spontan pada pagi itu juga.

Potret kenangan Pn Hajah Dewi Rosnah bt Radin Suhadi bersama isteri Pengarah Pelajaran Negeri Kedah.
Related Posts with Thumbnails