12 December, 2014

PROGRAM BIJAK AL QURAN TINGKATAN SATU 2014

                                                         

Program bijak Al-Quran ini adalah salah satu usaha daripada Panitia Pendidikan Islam, untuk melahirkan para pelajar daripada tidak boleh dan tidak lancar membaca al-quran itu kepada boleh menguasai bacaan  al-quran dengan baik dan lancar serta menyediakan satu program yang berteraskan Al-Quran sebelum cuti dan sepanjang cuti sekolah.

Ianya bermula pada 16/11/14(Ahad) - 17/11/14(Isnin) iaitu sebelum cuti sekolah dan 24/11/14 - 24/12/14 (Sepanjang cuti sekolah setiap hari Isnin dan Selasa). Seramai lebih kurang 46 orang pelajar tingkatan satu terlibat di dalam program ini.Dua orang tenaga pengajar dari Darul Quran dijemput untuk mengajar pelajar-pelajar tersebut iaitu Ustaz Mohammad Naim bin Dali dan Ustaz Fadhil Anwar bin Sani . Dengan harapan pelajar-pelajar ini dapat membaca Al-Quran dalam tempoh yang ingin dicapai.

Marilah kita renungi sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Bacalah Al-Quran sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat kelak memberikan syafaat kepada pembacanya" (Riwayat Muslim)

Pelajar-pelajar diadakan ujian kelancaran (hari persekolahan)

Ujian kelancaran diadakan untuk memudahkan pembahagian kelas.


Pelajr-pelajar juga disoal tentang rukun iman dan rukun solat..

Pelajar-pelajar memberi perhatian atas penerangan Ustaz

Program bijak Al-Quran semasa cuti sekolah.










Pelajar-pelajar menggunakan buku qiraati

Related Posts with Thumbnails