Showing posts with label SUKAN. Show all posts
Showing posts with label SUKAN. Show all posts

25 July, 2010

Pasukan Bolasepak SMKSMABK

Kini SMK Syed Mohamed Al-Bukhary sudah ada pasukan bolasepak sendiri. Terdiri daripada gabungan guru-guru dan staf lelaki, pasukan ini tampil mantap walaupun kurang mengadakan latihan kerana kesuntukan masa. Bertarikh 22 Julai 2010 (khamis) lalu, pasukan ini telah mengadakan pertandingan bolasepak persahabatan dengan staff SMK Tunku Abd Malik, dan berkeputusan seri 3-3. Kemenangan bukan sasaran utama tetapi jalinan kerjasama dan komitmen yang ditonjolkan oleh semua pemain sangat membanggakan. Hidup pasukan bolasepak SMKSMAB! Selamat mencuba lagi di lain kali.

Barisan pemain (berdiri  belakang) Azrul, Cikgu Sobri, Cikgu Shahnur, Cikgu azmi (ketua pasukan),
Cikgu Jasni, Effendi, Sir Seni (penjaga gol), Cikgu Ezat, dan Ustaz Khairul
Duduk di hadapan: Amran, Cikgu Najid, Cikgu Shahidan, Azwan, Usu kantin, Cikgu Halim dan Syed.

Aksi pasukan bolasepak SMKSMAB ketika perlawanan persahabatan dengan SMK Tunku Abdul Malik. Diucapkan selamat maju jaya buat pasukan ini.

02 June, 2010

Karnival Futsal antara Sekolah (Kompleks Pendidikan)

Bertempat di gelanggang Serbaouna PIBG SMKSMAB, pada 8 dan 15 Mei 2010 (Sabtu), Kelab Futsal SMKSMAB telah menganjurkan Karnival Futsal Antara Sekolah-sekolah dalam Kompleks Pendidikan. Antara sekolah yang mengambil bahagian ialah SMK Vokasional, SMK Darulaman dan tuan rumah SMK Syed Mohamed Al-Bukhary (Kategori sekolah Menengah) dan SK Haji Mohamad Sharif, SK Tunku Abd Halim dan SRJ(T) Barathy (Kategori sekolah rendah)


Cikgu Che Aziz dan Cikgu Wan dari SMKSMAB yang bertindak sebagai pendaftar pada hari kejohanan tersebut.


Barisan pemain futsal dari SMKSMAB yang akhirnya menjadi juara kejohanan ddalam kategori sekolah menengah.


Pn Pauziah Bt Ahmad dan Cikgu Ezat yang banyak membantu dalam Karnival Futsal yang julung kali diadakan ini..mungkin akan dijadikan acara tahunan kerana ternyata dapat menyumbang kerjasama antara sekolah-sekolah dalam kompleks pendidikan. Tahniah Kelab Futsal SMKSMAB.

01 June, 2010

Sukaneka 16 Mei yang beraneka meriahnya..

Pada tarikh 16 Mei 2010, iaitu bersempena perayaan hari guru peringkat sekolah, satu sukaneka antara guru dan pelajar telah diadakan. Acara ini bermula jam 10 pagi selepas pelajar keluar rehat. Bertempat di Gelanggang Serbaguna PIBG, 7 pasukan telah terlibat. Keseronokan dan kemeriahan dapat dirasakan pada setiap warga SMKSMAB yang melihat aksi-aksi spontan yang lucu dan menghiburkan. Hari ini guru dan pelajar bersatu untuk mencipta satu suasana...riang ria!


Aksi cikgu Sobri dan cikgu Shahidan yang mencuba acara hoki dengan bola besar...

Bawa bola pingpong dalam sudu dengan menggunakan mulut...bukan senang acara ni, tak boleh gelak nanti jatuh...kena kontrol macho...

Ha..ha..ha tudia...cikgu Jamaliah PK Pentadbiran pun hebat dengan aksi yang bersahaja,..

Puan Oii...bersemangat sungguh...lambang kegigihan seorang guru yang serba boleh.


Cikgu Ezat pula menunjukkan kehandalannya,..sampai terkehel kepala...cikgu Rohana sampai terpegun...pelajar pula ada yang melopong..

10 April, 2010

Kejohanan Bola Tampar MSSD

 
Barisan pemain sekolah sedang menuggu giliran perlawanan sambil memerhatikan teknik-teknik pihak lawan
 
Perlawanan pertama bagi pihak sekolah...SMK Syed Mohamed Al-Bukhary menentang SMK Convent...

 
Selesai perlawan pertama - singgah sebentar untuk makan tengah hari bagi mengembalikan tenaga yang telah hilang.....( waa besarnya gelas.....)

  
Makan jangan x makan.....(^-^)................    
  
                                               
                                            Bersama jurulatih pasukan - Cikgu Adyani Ahmad....(^_^)

 
 Bersama-sama memberi sorakan semangat kepada pasukan.....

 
  Go Bukhari go go Bukhary ...Hep Hep !!!

 
Bukhary....!!!!!! HAH..!!!!!......................................

09 April, 2010

Sekitar perlawanan bola tampar di Stadium Sultan Abdul Halim


Pada 4hb April 2010 yang lalu , pihak sekolah telah menyertai pertandingan bola tampar bawah 18 tahun peringkat sekolah . Perlawanan tersebut diadakan  di Stadium Sultan Abdul Halim Alor Star ..........
 
         


Pasukan SMK Syed Mohamed AL-Bukhary berjersi Merah -Hitam

           
     Perlawanan pertama bagi pasukan lelaki - Perlawanan pertama adalah pasukan SMK Syed Mohamed Al-Bukhary menentang SMA Kedah ...Perlawanan berakhir dengan KEMENANGAN di pihak SMK Syed Mohamed Al-Bukhary

 
Sir Teoh dan Puan Fauziah memberi kata-kata semangat dan strategi untuk menghadapi pasukan lawan....kelihatan saudara Ridwan begitu bersemangat dalam memberi tunjuk ajar kepada pasukan sekolah

 
Latihan memanaskan badan sebelum perlawanan dimulakan...

 
Barisan pemain simpanan yang memerhatikan setiap gerak geri pasukan lawan ...

 
GO Bukhari GO!!!!!!!!
                                                                                                                                                                                           

Penyokong setia...

Barisan guru yang turut turun padang memberi sokongan kepada pasukan bola tampar sekolah........PK Ko-Kurikulum Pn. Fauziah antara guru yang hadir..


Cikgu Eizat , Cikgu Sobri , Sir Teoh dan saudara Ridwan menjadi pembakar semangat pasukan sekolah.....

Pasukan Bola Tampar Perempuan Pertama mewakili SMKSMAB



  Berdiri : Fatihah - Muslihah -Fatin - Wartdatul Husna - Amalina - Elisha
  Duduk : Hana - Atikah - Bie - Elisha - Maisarah - Syaza
Related Posts with Thumbnails