25 July, 2010

Bengkel Tulisan Jawi

Memandangkan tulisan jawi kian dilupakan, Unit Pendidikan Islam SMKSMAB telah mengambil langkah yang proaktif dengan menganjurkan Bengkel Tulisan Jawi kepada para pelajar dengan objektif melahirkan pelajar yang mampu menguasai tulisan dan bacaan jawi. Bengkel ini mensasarkan pelajar tingkatan 3 dan 5 sebagai pesertanya. Bertempat di Dewan Iltizam pada hari Sabtu lalu (17 Julai 2010), program ini di serikan dengan penceramah jemputan dari SMK Muadzam Shah, Alor Setar iaitu Ustaz Sabri b. Azit.

Ustaz Sabri memberi tip-tip mudah bagi melancarkan bacaan dan penulisan jawi supaya dapat membantu mereka menguasai soalan berkaitan tulisan jawi dalam PMR dan SPM.


Puan Jaliah selaku Guru kanan Kemanusiaan hadir memberi sokongan terhadap sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh Jabatan kemanusian. Turut kelihatan Ustazah Aminah Ku Ahmad yang bertindak sebagai fasilitator bengkel tersebut.

Pasukan Bolasepak SMKSMABK

Kini SMK Syed Mohamed Al-Bukhary sudah ada pasukan bolasepak sendiri. Terdiri daripada gabungan guru-guru dan staf lelaki, pasukan ini tampil mantap walaupun kurang mengadakan latihan kerana kesuntukan masa. Bertarikh 22 Julai 2010 (khamis) lalu, pasukan ini telah mengadakan pertandingan bolasepak persahabatan dengan staff SMK Tunku Abd Malik, dan berkeputusan seri 3-3. Kemenangan bukan sasaran utama tetapi jalinan kerjasama dan komitmen yang ditonjolkan oleh semua pemain sangat membanggakan. Hidup pasukan bolasepak SMKSMAB! Selamat mencuba lagi di lain kali.

Barisan pemain (berdiri  belakang) Azrul, Cikgu Sobri, Cikgu Shahnur, Cikgu azmi (ketua pasukan),
Cikgu Jasni, Effendi, Sir Seni (penjaga gol), Cikgu Ezat, dan Ustaz Khairul
Duduk di hadapan: Amran, Cikgu Najid, Cikgu Shahidan, Azwan, Usu kantin, Cikgu Halim dan Syed.

Aksi pasukan bolasepak SMKSMAB ketika perlawanan persahabatan dengan SMK Tunku Abdul Malik. Diucapkan selamat maju jaya buat pasukan ini.

Satu Hari Satu Hospitaliti

Bertempat di Sek Men Vokasional Kangar pada 24 Julai lalu berlangsung satu program yang dinamakan "Satu Hari Satu Hospitaliti" anjuran pelajar-pelajar semester 5 dan 6 kursus Hotel & katering dari Politeknik Tuanku Syed Sirajududdin. Peserta program ini terdiri daripada pelajar SMK Vokasional Kangar dan pelajar Khas (cacat pendengaran) SMK Syed Mohamed Al-Bukhary. Bertujuan untuk membuka minda golongan OKU, program ini memberi peluang pelajar terlibat menunjukkan bakat mereka setanding dengan manusia normal yang lain. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti demonstrasi hiasan kek, Mocktail, pertandingan lipatan Napkin dan pertandingan Table setting.


Unit Pendidikan Khas SMKSMAB telah menghadiri program ini dengan bilangan peserta seramai 8 orang. mereka diiringi oleh 3 orang guru pengiring iaitu En. Taufik nasution b. Ismail (Penyelaras Pendidikan Khas), Pn Naimah bt Isa, Pn Zurina Norazah dan Cik Munirah.




Pelajar khas dari SMKSMAB yang menganmbil bahagian dalam Pertandingan Menghias Kek iaitu Mubarak dan Amirah fasihah. Mereka berpeluang menunjukkan kemahiran setanding dengan peserta lain, walaupun tidak berjaya meraih tempat utama mereka tetap juara di mata kita semua. Syabas dan tahniah.
Related Posts with Thumbnails