31 December, 2013

Pendaftaran Pelajar Asrama SMKSMAB 2014

Bertempat di asrama sekolah hari ini bersamaan 31 Disember 2013, para pelajar yang dijadualkan akan tinggal di asrama untuk sesi persekolahan 2014 nanti mula mendaftarkan diri. Sesi pendaftaran juga menyaksikan pelajar baru khususnya dari Tingkatan 1 turut dihantar oleh para waris masing-masing.




Sesi pendaftaran dimulakan jam 8.30 pagi di mana semua waris dan anak masing-masing berkumpul di Dewan Makan asrama. Acara dimulakan dengan taklimat oleh Yang Berbahagia Tuan Pengetua SMKSMAB En Shahrir Bin Abu Bakar.




Selepas taklimat daripada Tuan Pengetua, jam 9.30 pagi, satu sesi ceramah keibubapan meneruskan majlis shahdu hari ini - Ramai para pelajar dan ibu bapa yang terkesan dengan isi ceramah sehingga menimbulkan kesan pilu dan terharu. 


Majlis diteruskan dengan sesi jamuan makan dan selanjutnya pelajar mendaftar masuk ke asrama. Pelbagai gelagat dan ragam pelajar khasnya yang baru pertama kali berhadapan dengan suasana yang baru. Semoga para pelajar bersyukur dengan rencamnya kemudahan yang disediakan untuk mereka serta berazam akan belajar bersungguh-sungguh.



Related Posts with Thumbnails