03 July, 2011

PASUKAN TAMBOR SEMAKIN BERANI BERAKSI...

Nampaknya pasukan tambor kita semakin yakin dan berani mempamerkan persembahan di luar daripada pekarangan sekolah dan kompleks pendidikan. Hasil daripada bimbingan abang-abang dari Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH), pasukan tambor telah menyahut cabaran dengan membuat persembahan kepada masyarakat awam. Persembahan sulung tahun ini di SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman sempena pelancaran Liga Bolasepak  Piala KPM menyuntik semangat mereka untuk mempelbagaikan rentak dan gaya persembahan. Kini "bagpipe" sudah boleh dimainkan dengan harmoni manakala beberapa alat tiupan seperti trombon, klarinet dll sedang diterapkan. Pasukan ini juga sudah boleh beraksi dengan "drum-line" dan beberapa gerakan formasi serta  "colour guards".

Pada 25 Jun lepas pasukan tambor telah membuat persembahan (show) yang meyakinkan dalam Pertandingan Pancaragam Sekolah Rendah Negeri Kedah di gelanggang KSAH. Walaupun gugup namun semangat mereka tidak mudah luntur dek panas matahari yang membahang.


Seterusnya pasukan ini telah turut serta dalam perarakan "drum & dance" anjuran Celcom SOX sepanjang Che Det Walk ke Hotel Holiday Villa. Perarakan ini turut disertai oleh 5 pasukan pancaragam sekolah rendah serta 3 pasukan pancaragam (marching band)  tersohor sekolah menengah iaitu dari KSAH, SMK Sultanah Asma dan SMJK Keat Hwa dan berjaya mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records.

Persembahan seterusnya di Stadium darulaman pada 26 Jun sempena Kejohanan Balapan dan Padang SMK Syed Mohamed Al-Bukhary telah menyaksikan gabungan muzik tambor dan pergerakan silat dan senamrobik yang menawan.


Terkini, persembahan dan sambutan VIP  sempena Program 1Murid 1 Sukan 1 Malaysia yang berlangsung di Taman Tasek Tema Bandar Darulaman pada 2 Julai lalu akan menjadi kenangan manis kepada semua ahli. Paluan drum dan perkusi bergema di khemah utama  menjadikan majlis penutup begitu meriah dan ceria diserikan pula dengan iringan pasukan bunga manggar.


SYABAS Tambor Al~Bukhary.
Related Posts with Thumbnails