29 September, 2011

PAMERAN GRAFIK BERKOMPUTER 2011

Pada hari Selasa, 20 September lalu, bertempat di Dewan Blok A (Kelas 5SN, 5AK, 5AKG), Panitia Grafik Berkomputer SMKSMAB telah mengadakan Pameran Grafik Berkomputer tahun 2011. Pameran Grafik Berkomputer ini merupakan modul terakhir daripada 8 modul yang perlu dilengkapkan oleh pelajar-pelajar yang mengambil kursus MPV grafik berkomputer untuk melayakkan mereka menduduki peperiksaan SPM.

Pada jam 8.55, ketibaan tetamu kehormat yang dijemput untuk merasmikan majlis tersebut iaitu Tuan Haji Turin Bin Ahmad, Timbalan PPD Kota Setar, Kedah. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah En Abdullah Bin Arsad, Penolong Pegawai Kanan Teknik Vokasional Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, En Zainal Annuar Bin Mohd Zain Naib YDP PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mohamed Al-Bukhary, pihak pentadbir sekolah, guru-guru dan para waris bagi pelajar 5MPV, serta para pelajar tingkatan 5MPV dan 4MPV. Tepat jam 9.00 pagi, majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh pelajar 5MPV iaitu saudara Kurasyadi bin Ku Izham.


Ketibaan Tuan Haji Turin Bin Ahmad disambut dengan paluan kompang


Tuan Haji Turin memberi amanat berguna seterusnya melafazkan ucapan perasmian majlis pameran kali ini.


Tuan Haji Turin memotong riben sebagai gimik perasmian Pameran Grafik Berkomputer 2011

Lawatan ke kiosk pelajar

Pelajar bersama En Abdullah Bin Arsad, Pen. Peg. Kanan Teknik Vokasional JPN Kedah dan  Zainal Annuar Bin Mohd Zain Naib YDP PIBG
Pelajar bergambar bersama PK Koku SMKSMAB


Para pelajar 5MPV bergambar bersama guru-guru Grafik Berkomputer

Para pelajar 4MPV bergambar bersama guru-guru Grafik Berkomputer


Panitia Grafik Berkomputer ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah serta jutaan terima kasih kepada para pelajar mata pelajaran grafik berkomputer khususnya pelajar-pelajar  tingkatan 5MPV kerana berjaya menganjurkan pameran grafik berkomputer bagi tahun 2011, tidak ketinggalan juga kepada guru-guru dan warga SMK Syed Mohamed Al-Bukhary yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Related Posts with Thumbnails