12 October, 2011

Bacaan Yassin untuk Guru-guru Bakal Haji tahun 2011

Pagi ini, bertempat di surau sekolah, para pelajar bersama guru-guru SMKSMAB termasuk Tuan Pengetua, Puan Hajah Dewi Rosnah Binti Radin Suhadi membacakan surah Yassin khas buat mendoakan keberangkatan guru-guru SMKSMAB yang bakal menunaikan haji pada tahun ini. Seramai 4 orang guru dijangka berangkat ke Mekah Al-Mukarramah iaitu Penolong kanan Hal Ehwal Murid, En Azizan B. Saud, Guru Kanan Teknik Vokasional, Puan Anisah binti Ahmad, En Abdul Halim Bin Hassan dan En Najid dari Unit pendidikan Khas.
Majlis bacaan yassin ini diketuai oleh Ustaz Khairul Bazli yang seterusnya membaca doa khas mendoakan keselamatan bakal-bakal haji dari SMKSMAB ini dalam perjalanan menuju iman.

Ustaz Khairul Bazli mengetuai bacaan yassin untuk mendoakan keselamatan bakal-bakal haji dari SMKSMAB.

" Tiba masanya lambaian Kaabah,
Buat guru-guru berjiwa luhur,
Haji Azizan, Haji Halim dan hajah Anisah,
Semoga mendapat haji yang mabrur."

Selamat pergi dan selamat pulang buat semua guru-guru yang terlibat. Semoga perjalanan kalian ke tanah suci diberi ganjaran oleh Allah. 

05 October, 2011

Pertandingan Dikir Barat dan Boria Peringkat Negeri Kedah 2011

Pada 4 hb Oktober 2011, berlangsung satu pertandingan Dikir Barat dan Boria Peringkat Negeri Kedah. Pertandingan telah dilangsungkan di Jitra Mall bermula dari 10.00 hingga 5 petang. 
Pasukan dari SMKSMAB telahpun menjuarai pertandingan ini, persembahan yang mantap dan bertenaga telah merealisasikan impian semua warga sekolah yang menaruh harapan tinggi terhadap kemenangan ini.

Dari kiri, Mohd Hazmin B Zakaria sebagai tukang karut dan Hisyamuddin Baki selaku Tok Juara.

Pasukan Dikir Barat "Asta Putera" bergambar kenangan sebelum pertandingan

Pasukan "Asta Putera" beraksi dengan penuh semangat

Bergambar ramai setelah pasukan dari SMKSMAB diumumkan sebagai Juara Dikir Barat Peringkat Negeri. Turut meraikan kejayaan ini ialah Tuan Pengetua SMKSMAB yang turut memberi sokongan padu kepada anak-anak Bukharian.
Diucapkan tahniah kepada semua ahli pasukan yang gigih berlatih tanpa penat, ketua jurulatih, Cikgu  Azizahwati, semua guru pengiring ( Cikgu Ashraf, Cikgu Norazaina, Cikgu Nor Haslina dan Cikgu Norlia). Semoga kejayaan ini dapat dikekalkan dengan kerjasama jitu semua pihak. Tahniah.

04 October, 2011

PMR Sudah Bermula,..Semoga berjaya

Cikgu Shahidan yang sangat  prihatin ...
Hari ini, 4 Oktober 2011, bermulalah PMR bagi semua pelajar tingkatan 3 di seluruh negara. Anak-anak Bukhary yang menduduki ujian ini didoakan agar dapat menjawab semua soalan dengan tenang dan lancar. Teruskan berjuang sehingga ke penamat peperiksaan.

Madam memberi amanat akhir menjelang sehari menjelang PMR

Calon-calon PMR 2011
 Semua warga SMKSMAB mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan - semoga sukses.

01 October, 2011

Bengkel Sembelihan 2011

Panitia Pendidikan Islam SMKSMAB telah melaksanakan satu program yang dinamakan "Bengkel Sembelihan" khusus buat semua pelajar tingkatan 4 pada 27 September 2011. (Selasa). Program ini bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 2.10 petang,  bertempat di Gelanggang Bola Tampar Asrama sekolah. Semua guru Pendidikan Islam dan  166 orang pelajar terlibat dalam menjayakan program ini. Turut dijemput adalah 2 orang penceramah jemputan yang memberi informasi dan teknik sembelihan yang betul kepada pelajar.

Pelajar diberi informasi mengenai teknik menyembelih yang betul menurut Islam.
Pelajar berpeluang untuk belajar memproses ayam yang baru disembelih,- aktiviti membuang bulu ayam.

Ayam-ayam yang telah disembelih dibersihkan.

Guru Kanan Kemanusiaan SMKSMAB, Puah Jaliah Binti Juewani menyampaikan cendera hati kepada penceramah.

Pelajar dan guru-guru bekerjasama memasak makanan berlaukkan ayam-ayam sembelihan hari ini.
Semoga program bermanfaat seperti ini dapat memberi maklumat yang jelas mengenai sembelihan kepada semua pelajar bagi menghadapi ancaman status makanan halal yang semakin serius sekarang. Menjadi harapan pihak sekolah dan Panitia Pendidikan Islam agar semua pelajar boleh menyembelih sendiri haiwan ternakan mereka tanpa ragu dan was-was. Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat.
Related Posts with Thumbnails