01 September, 2014

PROGRAM IHYA' RAMADHAN 2014

Panitia Pendidikan Islam telah melaksanakan Program Ihya’ Ramadhan bersempena dengan kedatangan bulan yang mulia ini. Program Ihya’ Ramadhan itu telah mendapat sokongan padu daripada semua pihak. Aktiviti yang dilaksanakan di dalam Program Ihya' Ramadhan pada tahun ini sama seperti tahun lepas dan ditambah dengan aktiviti yang lain. 

Di antara aktiviti yang menarik yang telah dilaksanakan ialah Tadarus Al-Qur’an guru lelaki dan perempuan serta para pelajar, hafazan Surah Yassin pelajar, sumbangsih, jualan amal, tazkirah, kuiz ramadhan , Majlis Iftar antara pihak pengurusan, guru-guru dan pelajar asrama dan lain-lain lagi untuk menghidupkan bulan ramadhan ini. Ianya berlangsung selama lebih kurang sebulan dalam bulan ramadhan iaitu bermula pada 30 Jun sehingga 25 Julai tahun 2014 ini. Dengan diakhiri Majlis Khatam Al Quran dari JPN dan Pihak sekolah sendiri.


Tuan Pengetua En Shahrir bin Abu Bakar sedang membaca teks ucapan perasmian pembukaan
 " Program Ihya Ramadhan"

Pelajar membaca doa bagi memberkati "Program Ihya Ramadhan" ini.

Alunan Bacaan Al Quran diperdengarkan supaya Program Ihya Ramadhan dirahmati Allah SWT.


Tazkirah Ihya ramadhan di dalam perhimpunan rasmi.







Pelajar-pelajar yang berjaya menjawab soalan 'Kuiz Ramadhan ' mendapat cenderahati daripada Tuan Pengetua.
Tadarrus kali ini turut disertai oleh bekas pengetua SMKSMAB iaitu Pn Hajah Dewi Rosnah Bt Radin Suhadi yang kini bertugas di PPD Kota Setar

Tadarrus Al-Quran








Hafazan Surah Yassin
                                                               


Tazkirah  di dalam perhimpunan berfokus sempena Ihya Ramadhan


Jualan Amal




Majlis Iftar  yang dihadiri oleh Tuan pengetua Encik Shahrir bin Abu Bakar bersama tetamu , guru dan
 pelajar-pelajar.


Majlis berbuka puasa  ini juga turut dihadiri oleh Penolong Kanan Pentadbiran Pn Pauziah bt Ahmad
bersama guru-guru kanan.










Kehadiran Pengarah Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman ke Majlis Ihya Ramadhan anjuran JPN bagi sekolah-sekolah dalam kompleks pendidikan yang bertempat di Anjung Mutiara SMKSMAB
Guru-guru yang terlibat dalam hiasan pentas  Majlis Penutupan



Hiasan yang melambangkan berakhirnya Ramadhan dan menjelangnya kedatangan Syawal.

Pn Hajah Sharipah Fatimah turut hadir sebagai tetamu utama pada Majlis Penutupan Ihya Ramadhan 2014

Pihak Pengurusan dan   guru-guru  sekolah bergambar kenangan sejurus berakhirnya Majlis Penutupan Ihya Ramadhan
 (Majlis Khatam Al Quran) 2014.

Related Posts with Thumbnails