25 August, 2010

Tangisan Gaza,...Al-Bukhary Empati...

Hari ini, tepat jam 12.30 tengahari, seorang tetamu yang amat dinanti-nantikan telah hadir ke surau SMKSMAB bagi menceritakan pengalamannya sendiri ketika melaksanakan ekpedisi bantuan ke Palestin, beliau adalah En.Noorazman Mohd Samsuddin, dari NGO Haluan Palestin yang terlibat dalam peristiwa penahanan kapal Mavi Marmara oleh tentera regim zionis yang amat kejam. Kapal yang membawa bantuan kemanusian yang dinamakan "Misi Talian Hayat Untuk Gaza" itu telah diserang ketika masih berada di perairan antarabangsa. Pengalaman beliau bersama 11 lagi rakyat Malaysia sebagai sukarelawan ketika itu (30 Mei 2010) kini dikongsi bersama warga SMKSMAB. Pelajar-pelajar telah diberi suatu suntikan keinsafan apabila beliau turut menayangkan beberapa klip video yang memaparkan peristiwa sebenar ketika serangan itu berlaku serta kekejaman tentera yahudi menentang umat islam Palestin dan sesiapa jua yang ingin membantu mereka.

SMK Syed Mohamed Al-Bukhary merasa empati, suatu kutipan derma telah dilakukan dan sebanyak RM1700.00 berjaya dikumpulkan dalam masa 2 hari. Semoga sumbangan yang tidak seberapa itu dapat meringankan sedikit penderitaan rakyat Palestin. Sumbangan disampaikan sendiri oleh Pengetua SMKSMAB iaitu Pn Hajah Dewi Rosnah bt Radin Suhadi kepada En. Noorazman. Insyaallah, sedekah kami di bualan Ramadhan yang mulia ini dapat juga disampaikan kepada masyarakat Palestin dengan selamat nanti. Tahniah warga SMKSMAB. Alhamdulillah.
Related Posts with Thumbnails