25 January, 2010

Logo dan Bendera Sekolah

Lencana dan bendera sekolah telah diilhamkan dan dicipta pada tahun 1997 oleh Encik Khalid B. Awang, guru mata pelajaran Pendidikan Seni.

LENCANA SEKOLAH




STRUKTUR KOMPOSISI


  • Botol dakwat, mata pena dan buku melambangkan pengajaran dan pembelajaran.
  • Kelalang melambangkan sains dan teknologi.
  • Lembaran surat melambangkan sastera dan budaya.
  • Ijazah melambangkan mercu tanda.


BENDERA SEKOLAH

  

WARNA

Merah : Melambangkan kegigihan, keazaman dan ketekunan.

Hijau : Melambangkan kepercayaan kepada Agama Islam.

Biru : Melambangkan keamanan, keharmonian dan kedamaian.

Kuning : Melambangkan kesetiaan kepada Raja dan Negara.

21 January, 2010

Sejarah Sekolah

Tanggal 1 januari 1977 merupakan tarikh penting bagi sekolah ini kerana tarikh inilah tertubuhnya sebuah sekolah menengah di kawasan kompleks pendidikan dengan nama Sekolah Menengah Syed Mohamed Al-Bukhary. Sekolah ini mempunyai 3 blok bangunan dengan 19 bilik darjah, 3 makmal sains, 2 buah bengkel kemahiran hidup, sebuah bengkel masakan, bilik jahitan dan sebuah pusat sumber, bagi menampung seramai 404 orang pelajar, tenaga pengajar seramai 15 orang.

Tujuan penubuhan sekolah ini di peringkat awal adalah untuk memberi pendidikan kepada pelajar-pelajar yang pencapaian akademik sederhana di dalam peperiksaan UPSR dan memberi peluang kepada calon-calon swasta yang mendapat A dalam peperiksaan SRP/PMR untuk meneruskan pelajaran mereka di tingkatan 4.

Pada tahun 1978, sekolah ini memulakan kelas integrasi dengan mengadakan kelas untuk pelajar-pelajar cacat pendengaran.program ini di kendalikan oleh 2 orang guru terlatih dalam bidang berkenaan.pelajar-pelajar cacat pendengaran ini datang dari Sekolah Rendah Kebangsaan Haji Mohammad Shariff, Alor Setar dan Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Abdul Malik, Kulim.

Pada 18 september 1982 tercatatlah satu lagi sejarah ini apabila Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Tan Sri Datuk Haji Murad Bin Mohd.Noor merasmikan  pembukaan sekolah ini. Mulai tarikh itu sekolah ini di kenali dengan nama Sekolah Menengah Syed Mohamed Al-Bukhary mengambil sempena menghargai nama tuan empunya tapak tanah sekolah ini.

Mulai tahun 1994, dengan keizinan daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Kedah , sekolah ini telah memulakan aliran bahasa arab dan rancangan khas. Pada tahun 1995, selah ini sekali lagi telah di pilih sebagai sekolah sukan sambilan . Justeru , sekolah ini agak unik bukan sahaja di negeri kedah dan mungkin juga di seluruh negera kerana mempunyai pelbagai aliran yang di tawarkan.

Bertitik tolak dari sinilah sekolah ini telah berkembang maju menuju ke arah kecemerlangan dalam bidang kurikulum  dan  kokurikulum . Pelbagai kejuaraan telah di tempa .malah ada beberapa orang pelajar ini telah mewakili negara dalam kejohanan orahraga dan bola sepak.dengan pencapaian yang sebegitu rupa di harapkan sekolah ini akan muncul sebagai sekolah yang terbaik antara terbaik,insya-allah.

Dalam menuju era teknologi maklumat dan globalisasi maka adalah di harapkan semoga sekolah  yang bernama seindah namanya ini akan melahirkan anak bangsa yang cemerlang , berwawasan dan seimbang dari  segi  mental dan jasmani pada hari-hari muka  kelak.itulah harapan dan doa seluruh warga pendidikan Sekolah Menengah Syed  Mohammed Al-Bukhary.


PENGASAS SEKOLAH

Allahyarham Tuan Syed Mohamed Al-Bukhary telah dilahirkan ke dunia pada tahun 1890. Sejak kecil beliau mengalami kesempitan hidup. Oleh itu,pada tahun 1905 dan ketika beliau berusia 15 tahun, beliau telah membuat beberapa pekerjaan bagi menyambung dan menyara penghidupan keluarganya.

Setelah tamat persekolahan, beliau berkhidmat sebagai warden di Penjara Alor Setar iaitu pada tahun 1912, sewaktu berusia 18 tahun. Pada tahun 1916 beliau berkahwin dengan Puan Maimunah bt Amin, tetapi perkahwinan dan penghidupan bersama yang berlangsung dan berusia 10 tahun itu tidak di kurniakan cahaya mata, lalu beliau berkahwin dengan Puan Sharifah Zaitun. Dengan izin Allah, beliau telah di kurniakan 9 orang anak 3 lelaki dan 6 orang perempuan. Anak sulung lelaki beliau ialah Datuk Syed Kechik, di lahirkan pada tahun 1928. Anak lelaki keduanya ialah Tuan Syed Omar, di lahirkan dalam tahun 1934 dan tuan Syed Salim ialah anak bongsu Allahyarham. Beliau pulang ke rahmatullah pada 2 April 1966 di Alor Malai dalam usia 82 tahun dan di kebumikan pada keesokan harinya di tanah perkuburan Masjid Alor Malai.

Setelah sekian lama menjawat jawatan sebagai warden penjara, beliau telah di naikkan pangkat sebagai Ketua Penjara dalam tahun 1926, kerana daya kepimpinan, kejujuran dan dedikasi dalam menjalankan tugasnya beliau telah di naikkan pangkat tersebut walaupun pada waktu itu beliau tidak begitu pandai menulis dan membaca. Dengan berkat taat setia, ketekunan ketabahan dan kesungguhan melaksanakan tugasnya itu, akhirnya beliau dapat mengatasi masalah penulisan dan pembacaan itu.Beliau telah berkhidmat selama 28 tahun dengan Jabatan Penjara, Alor Setar dan bersara dalam tahun 1940.

Semasa pemerintahan Jepun,beliau telah melibatkan diri dalam perniagaan bertempat di sebuah kedai No. 109, Jalan Langgar, Alor Setar. Di sinilah juga tempat beliau memberi bimbingan dan galakan kepada anak-anak mengenai selok -belok perniagaan. Kini anak beliau melangkah meneroka pelbagai bidang perniagaan dalam negeri dan antarabangsa, menjadi ahli-ahli perniagaan yang berjaya. Semasa hayatnya beliau tidak mensia-siakan waktu, masa beliau sentiasa di penuhi dengan kerja. Tidak hairanlah dalam usia begitu tua, beliau masih mampu berkebun dan menternak di sekitar rumahnya.

Sifat-sifat beliau semasa hayatnya, suka memberi pertolongan kepada orang miskin, memberi sumbangan bakti membina masjid-masjid, memberi bantuan kepada rumah-rumah anak yatim. Masjid Alor Malai yang tersergam pada hari ini, telah di bina atas usaha dan inisiatif beliau sendiri. Dalam soal ibadat, beliau amat mengambil berat, beliau tidak pernah meninggalkan sembahyang Maghrib dan subuh. Beliau sering membaca Al-Quran. Amalan ini di lakukan hingga akhir hayatnya. Beliau sempat menunaikan fardu haji di Mekah sebelum beliau bersara.

Tuan Haji Syed Mohamed Al-Bukhary juga mempunyai sifat-sifat kepimpinan yang baik sejak kecil lagi. Beliau amat patuh pada disiplin dan mempunyai sifat kasih mengasihi antara satu sama lain dengan tidak mengira darjat, terutama orang di bawah jagaannya iaitu pengawal-pengawal penjara dan banduan. Ini jelas terbukti di mana pada suatu hari sedang beliau mengawasi 6 orang banduan di padang, tiba-tiba beliau pitam dan tidak sedarkan diri. Keenam-enam banduan itulah yang membawa beliau dan senapangnya balik ke penjara. Mereka tidak sedikit pun cuba untuk melarikan diri ataupun melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang. Ini kerana mereka sayangkan beliau dan jasa bakti yang telah di berikan kepada mereka. Sifat-sifat mulia bukan sahaja menjadi ikutan atau warisan anak-anak beliau, malah menjadi teladan masyarakat setempat .

Moga-moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan di masukkan serta di tempatkan bersama-sama golongan orang-orang yang soleh, AMIN
Related Posts with Thumbnails