09 October, 2012

Selamat Menghadapi PMR 2012

Majlis Bacaan yassin sempena Peperiksaan PMR 2012 untuk semua pelajar SMKSMAB telah berjaya dilangsungkan pada 7 Oktober 2012 (Ahad) lepas, hari ini 9 Oktober 2012 (selasa) tibalah detik yang dinantikan selama ini. Bermula hari ini seluruh pelajar Malaysia yang layak menduduki PMR akan mula menjawab kertas-kertas soalan peperiksaan mengikut jadual yang telah disusun sehingga 16 Oktober nanti.

Pelajar-pelajar Tingkatan 3 sedang mendengar amanat dari guru dan pentadbir sekolah pada pagi hari pertama peperiksaan PMR.

 Bagi pelajar Al-Bukhary, inilah masanya mereka meluahkan semula apa yang telah mereka pelajari selama 3 tahun bermula dari Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 3. Seawal jam 7.00 pagi pelajar telah mula berkumpul di Anjung Mutiara untuk sama-sama membaca yassin sebelum peperiksaan. Majlis ini turut disertai oleh semua guru dan pihak pentadbiran. Suntikan kata-kata semangat berterusan diberikan oleh Guru-Guru Kanan, Penolong Kanan HEM, Tuan Haji Azizan Bin Saud serta Tuan Pengetua Puan Hajah Dewi Rosnah Bt Radin Suhadi.

Tuan Pengetua Puan Hajah Dewi Rosnah Bin Radin Suhadi bersama Tuan Haji Azizan Bin Saud (PK HEM) sempat memberi motivasi akhir buat semua pelajar.
Semoga PMR 2012 menjadi PMR terbaik, sama-sama kita doakan. Insyaallah.
Related Posts with Thumbnails