03 January, 2012

Selamat Kembali ke Sekolah.

Setelah minggu pendaftaran yang bermula pada 27 Disember sehingga 29 Disember sempurna dijalankan,...maka kini bermulalah penggal persekolah baharu bagi sesi 2012. Pada hari Selasa bersamaan 3 hb Januari 2012, berserilah semula dataran sekolah Syed mohamed Al-Bukhary dengan karenah para pelajar dan waris masing-masing yang datang untuk meneruskan kelangsungan akademik anak masing-masing.

Dimulakan dengan Majlis Perhimpunan Rasmi di Dataran PIBG, semua warga sekolah berhimpun dan bersama membaca surah Yassin dengan harapan mendapat rahmat dan hidayah Allah di hari pertama sekolah. Pengetua sekolah Puan Hajah Dewi Rosnah kemudiannya memberi sedikit ucapan pembukaan sambil mengalu-alukan kedatangan pelajar baru ke sekolah ini.

Beliau juga mengambil kesempatan itu untuk memaklumkan kepada pelajar bahawa SMK Syed mohamed Al-Bukhary telah terpilih sebagai Sekolah Penyayang 2011. Kejayaan ini adalah berkait rapat dengan usaha pihak sekolah yang berterusan menunjukkan keprihatinan kepada semua pelajar dalam semua aspek...Tahniah Al-Bukhary.
Related Posts with Thumbnails