09 August, 2011

Sambutan Bulam Kemerdekaan 2011


Bulan Ogos telah  diisytiharkan sebagai bulan kemerdekaan pada setiap tahun sempena sambutan  Hari Kemerdekaan setiap kali tibanya 31 hb Ogos. Menyahut seruan itu, Panitia Sivik SMKSMAB telah melancarkan sambutan Ambang Kemerdekaan yang dilancarkan oleh pengetua SMKSMAB, Puan Hajah Dewi Rosnah binti Radin Suhadi semasa perhimpunan pagi, khamis lalu.

Tuan pengetua merasmikan pelancran Sambutan Bulan Kemerdekaan kali ke 54 semasa perhimpunan pagi pada hari Khamis 4 Ogos lalu.
 

Pelbagai aktiviti telah dan akan dijalankan di sepanjang bulan ini bagi memeriahkan sambutan sekaligus memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar. Para pelajar digalakkan menyertai pelbagai pertandingan yang dianjurkan.Semoga kemerdekaan kali ke 54 ini membawa sinar bahagia kepada semua warga Bukhary. amin

Deklamator sekolah, Nasihah bt Ghazali tampil bersemangat mendeklamasikan puisi bertemakan sejarah kemerdekaan negara.

Ihya' Ramadhan 1432 Hijrah


Ramadhan tahun ini lebih bermakna kerana disambut bersekali dengan sambutan Ambang kemerdekaan. Sempena kedatangan Ramadhan 1432 Hijrah, Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Program Ihya’ Ramadhan yang bertujuan mengisi jiwa pelajar dengan pengisian rohani yang dapat  memantapkan kualiti ibadat puasa. 


Madam Dewi Rosnah menyeru para pelajar agar menggunakan masa rehat dengan aktiviti keagamaan di surau sekolah. Beliau merasmikan sambutan Ihya’ Ramadhan dan menyeru para pelajar  untuk bertadarus dalam kumpulan kecil sambil menyemak bacaan rakan. 

Selamat mengimarahkan ramadhan kareem. Semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna dari sebelumnya.
Related Posts with Thumbnails