20 November, 2011

20.11. 2011....Ada yang pergi meninggalkan Al-Bukhary..Al-Fatihah!

Tarikh hari ini amat cantik, tersusun rapi...seiras berseni, namun pada tarikh ini juga ada yang menyentuh hati warga Bukhari...Seorang dari warganya kini pergi menyahut seruan Ilahi...Al-Fatihah buat mohd Shukur dari kelas 4 EG. Berita sedih ini turut dikongsi oleh rakan-rakan sekolah melalui facebook masing-masing. Shukur pergi setelah terlibat dengan satu kemalangan jalan raya. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah. Harapan guru-guru dan pihak pengurusan sekolah agar tragedi sedih ini  menjadi peringatan kepada semua rakan yang lain agar lebih berhati-hati di jalan raya apatah lagi di musim cuti sekolah ini.


Bagi sesiapa yang tidak mengenali Shukur, disertakan gambarnya sebagai kenangan abadi buat semua warga Bukhary. sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat rohnya. Al-Fatihah....

08 November, 2011

Sesi persekolahan 2011 hampir tamat,..hari-hari untuk persekolahan semakin berakhir. Cuti semakin hampir. Calon SPM mula demam menantikan tarikh peperikasaan, manakala calon PMR berdebar menanti keputusan. Guru-guru pula sibuk membuat pemarkahan,  menganalisis setiap ujian bagi menentukan kedudukan kelas di tahun hadapan.

Aktiviti permainan menjadi keutamaan sekarang, banyak pertandingan antara kelas dijalankan bagi mengisi masa terluang. tidak lupa juga kursus keagamaan. pelajar didedahkan dengan perkara baru sebagai ilmu tambahan agar sempurna kehidupan. Berikut disertakan beberapa gambar yang sempat diambil semasa kursus pengurusan jenazah yang diadakan di surau baru-baru ini.

Pelajar didedahkan dengan informasi berkaitan pengurusan jenazah. Peralatan yang diperlukan untuk memandikan mayat dipamerkan untuk memudahkan pemahaman pelajar.

Pelajar melihat sendiri teknik memandikan mayat yang betul oleh pemudahcara yang dijemput khas.

Latihan menyembahyangkan jenazah.
Harapan pihak sekolah agar pelajar dapat memanfaatkan cuti yang bakal tiba dengan program yang boleh mengisi masa dengan berfaedah.
Buat calon SPM yang akan menduduli SPM yang bermula 14 November ini, warga SMKSMAB mendoakan agar kalian semua dapat menjalani peperiksaan ini dengan tenang. semoga semua berjaya meraih kecemerlangan yang diimpikan. Insyaallah.
Related Posts with Thumbnails