26 June, 2011

Temasya Balapan & Padang SMKSMAB 2011,....Meriah!

Kejohanan Balapan dan Padang sekolah kali ke 24 selamat dilangsungkan pada hari ini, Ahad- 26 Jun 2011. Temasya kali ini bertempat di Stadium Darulaman dan dirasmikan oleh pegawai penyelaras Parlimen Pokok Sena iaitu Dato' Haji ahmad B Lebai Sudin. Acara dimulaka pada jam 2.30 dan berakhir jam 6 petang. Kehadiran para waris yang ramai tambah memeriahkan suasana temasya. Jom kita saksikan detik-detik gemilang ini.


Temasya kali ini diserikan dengan kehadiran tetamu utama iaitu Dato' Haji Ahmad B Lebai Sudin. DSDK, SMK,JP. (Pegawai Penyelaras Parlimen Pokok Sena}
Sangat membanggakan apabila kehadiran waris melebihi jangkaan,...tahniah kepada semua waris pelajar.

Acara-acara yang dilangsungkan pada hari ini adalah acara akhir bagi setiap kategori. Sebahagian acara sudahpun selesai ketika pra kejohanan yang telah berlangsung pada Selasa hingga Khamis lepas. (21 -23 Jun 2011) di padang sekolah.


Pasukan Perbarisan dari Al-Farabi yang menjuarai pertandingan antara rumah-rumah sukan pada tahun ini. Persembahan jimnastik yang dipersembahkan oleh si kecik cilik telah menambat hati juri dan semua tetamu pada hari ini.

KRS...Unggul. Johan Perbarisan Unit Berunifom.

Rumah Sukan AT-Tarmizi, walaupun tidak mendapat tempat dalam acara perbarisan namun berbangga kerana mampu mengalahkan rumah sukan lain apabila dinobatkan sebagai Juara Temasya Balapan & Padang 2011. Tahniah AT-Tarmizi. Tahniah buat Cikgu Ashraf yang bertanggungjawab sebagai Ketua Rumah Sukan.


Perbarisan dari Unit Pendidikan Khas, segak dan bergaya sekali.





Pelajar-pelajar yang hebat, tangkas, segak bergaya..merekalah penyeri setiap acara. Kelihatan pasukan gendang dari unit tanbor sekolah.










Temasya Balapan & Padang kali ini lebih meriah dan sempurna dengan penampilan persembahan senam robik yang mencuri tumpuan penonton.  Terdiri daripada pelajar perempuan tingkatan 1 dan 2 yang gigih berlatih di bawah seliaan cikgu Norazaina dan cikgu Lai.



Pasukan Silat yang mengkagumkan dengan persembahan yang bertenaga.


Pasukan Tanbor sekolah yang menampilkan persembahan menarik hasil latihan tanpa mengira penat lelah. Semoga ketabahan hari ini menjadi pendokong kejayaan masa depan, Insyaallah.


Temasya Balapan & Padang kali memang meriah sekali, Selain memperlihatkan semangat kesukanan, kerjasama semua warga sekolah, keprihatinan para waris, terdapat hadiah daripada YB Dato' Haji Ahmad B Lebai Sudin apabila beliau mengumumkan sumbangan untuk sekolah sebanyak RM5000. 
Terima kasih YB. Semoga impian untuk membina "Arena Al-Bukhary" menjadi kenyataan. Insyaallah.
Terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak samada para pelajar, guru-guru, pihak pengurusan sekolah, malahan tidak lupa juga buat pekerja swasta yang banyak membantu. Tiada kata-kata yang boleh diluahkan selain pepatah yang mempuanyai aura bestari, 
"Muafakat Membawa Berkat".



24 June, 2011

Kuiz PNB - SMKSMAB Wakili Negeri Kedah Ke Peringkat Kebangsaan. Tahniah

Pertandingan Kuiz Pelaburan PNB – Pada 14 Jun 2011, 3 pelajar dari SMK S iaitu Junannah Bt Jamal (5 AK), Mohd Akmal Mohd Fadzil (5 AK) dan Mohd Asyraaf b Mohd Zahir (5 AKG) telah mewakili sekolah ke peringkat suku akhir di SMK Syed Ibrahim, Pendang.  Sekolah kita telah muncul sebagai juara dan memenangi hadiah berupa wang tunai RM1000.00 Seterusnya pasukan ini akan mewakili negeri Kedah ke peringkat separuh akhir yang akan dilangsungkan di Putra Jaya pada Julai nanti.Semoga kejayaan menjadi milik kita. amin.

Madam Dewi Rosnah Binti radin Suhadi tersenyum bangga dengan pencapaian pelajar SMKSMAB yang semakin ternyata memeriahkan sekolah ini dengan pelbagai kejayaan sehingga ke peringkat kebangsaan.
Peserta Kuiz sedang menunggu giliran pada hari pertandingan yang diadakan di SMK Syed Ibrahim, Pendang.




Para peserta tenang menjawab soalan semasa pertandingan. Semua kejayaan ini adalah berkat usaha dan kerjasama semua pihak terutamanya guru-guru. Terima kasih buat semua.









Akhirnya milik kami...Tahniah SMKSMAB. .saat-saat bahagia apabila dinobatkan sebagai johan,..semoga kejayaan yang sama diperoleh semasa pertandingan yang lebih getir nanti..insyaallah.

22 June, 2011

SMKSMAB Menyerlah dengan Lanskap baru..


lanskap di belakang Koperasi sekolah berhadapan dengan bilik kaunseling...hasil usaha pelajar dengan bantuan warga kerja sekolah.
amboiiii...bergaya sakan nampak...inilah Taman Orkid yang telah diberi suntikan idea oleh Pengetua SMKSMAB sendiri, Madam Dewi Rosnah Binti Radin Suhadi...tidak terkata indahnya...


Lokasi yang kini dikagumi dan menjadi tempat istirehat bagi pelajar. Dihiasi dengan tanaman orkid yang mewakili nama-nama guru perempuan sebagai simbol keindahan dan ketenangan al-bukhary.



19 June, 2011

SISWA SMKSMAB 2011....Pertemuan bermakna para waris dan guru


Bertempat di surau SMKSMAB hari ini, satu pertemuan antara para guru dan waris pelajar telah dilangsungkan dengan jayanya. 
Bermula jam 7.20 pagi, para pelajar dengan ditemani waris masing-masing berkumpul di surau bagi memulakan majlis dengan acara rutin  warga sekolah setiap pagi iaitu bacaan yasin beramai-ramai. 

Sementara itu para guru tingkatan telahpun melaksanakan sesi pendaftaran untuk waris bagi setiap tingkatan 1, 2 dan 3. Selepas bacaan yasin, Madam Dewi Rosnah memberikan taklimat khas untuk para waris bagi memaklumkan perancangan terkini pihak sekolah untuk peningkatan prestasi pelajar khususnya pelajar tingkatan 3 dan 5 yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM nanti.


Sejurus selepas itu, para pelajar cemerlang dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun diberi hadiah galakan berupa talileher dan seluar sukan. Seramai 13 pelajar dari tingkatan 1 hingga 3 yang mencapai tahap cemerlang iaitu Gred Mata Terkumpul (GPK) di bawah 1.40 telah menerima hadiah tersebut yang disampaikan oleh YDP PIBG SMKSMAB iaitu Encik Mohd Kamal.



Sesi waris bertemu guru tingkatan telah dilangsungkan dengan penuh semangat keprihatinan, para waris yang sudah diberi nombor gilran sebelum ini sabar menunggu untuk berbincang megenai prestasi anak-anak mereka. Tempat pertemuan waris-waris tingkatan 1 dan 2 dengan guru-guru tingkatan dilangsungkan di Anjung Mutiara sementara untuk pelajar tingkatan 3, pertemuan diadakan di Dewan Iltizam.
Di harapkan aktiviti ini akan memantapkan persedian pelajar dan seluruh isi keluarga bagi bersama-sama para guru meraih kejayaan yang lebih memberangsangkan nanti. Insyaallah.

17 June, 2011

CHEERIOH...OUR NEW RANKING: 431/2204

CONGRATULATIONS BUKHARIAN!

Data generated as of 2011/06/12 :
SKPM : 91.73     SKOR KOMPOSIT: 66.43     SCHOOL RANKING IN MALAYSIA: 431/2204

Sesuatu yang boleh dibanggakan bagi seluruh warga Al~Bukhary. Marilah kita sama-sama usahakan agar prestasi sekolah bertambah mantap. Kita cuba lepasi 400. Kita cuba jengah BAND 3.

KITA MAMPU!

12 June, 2011

Welcome back to SMKSMAB

Setelah dua minggu bercuti, hari ini 12 Jun 2011, bermulalah sesi persekolahan bagi penggal ke2 2011. Diucapkan selamat kembali ke sekolah buat semua guru dan pelajar. Semoga kembali dengan harapan dan semangat yang lebih membara.

Warga kerja yang saling lengkap melengkapi di SMKSMAB
Related Posts with Thumbnails