11 September, 2011

Kenangan Terindah Bukharian - 11 September 2011

Bertuah sungguh anak-anak SMKSMAB hari ini apabila berkesempatan untuk menunjukkan bakat dan potensi masing-masing kepada semua yang hadir di Majlis Pecah Tanah Dewan Centennial Kolej Sultan Abdul Hamid (Sahoca) pada 11 September 2011. 
Duli Yang Maha Mulia, Tuanku Sultan Abdul Halim  bersama tetamu utama. Turut kelihatan ialah negarawan terulung negara, Tun Mahathir Mohamad.
Lebih indah bila majlis itu dihadiri oleh tetamu kenamaan yang terdiri daripada Sultan Kedah, Yang Teramat Mulia Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan anakanda baginda Tunku Intan Safinaz. Mantan Perdana Menteri ke 4 Malaysia, Tun Mahathir Mohamed, turut hadir,  membawa bersamanya semangat dan kekuatan negarawan yang bergelar Bapa Pembangunan Malaysia.

Detik indah yang dirakamkan bersama oleh anak-anak Bukharian, Pengetua KSAH, Pengetua SMKSMAB, dan guru-guru pengiring bersama Tun Mahathir Mohamad.

Pasukan Tambor SMKSMAB yang segak bergaya.
Kombo Al-Bukhary sentiasa  mengharumi suasana dengan persembahan mereka yang semakin mantap.
Kumpulan Gamelan yang turut memberikan persembahan dalam majlis, sempat merakamkan detik-detik indah bersama Tun Mahathir.


Sambutan Merdeka Raya 2011 Peringkat Komplek Pendidikan.

Hari Khamis 8 Setember 2011 bersamaan 6 Syawal 1432 Hijrah adalah tarikh bersejarah buat seluruh warga Kompleks Pendidikan Jalan Stadium kerana berjaya melaksanakan sambutan dwi perayaan iaitu Merdeka Raya sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia ke 54. sambutan ini adalah anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Kedah dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN).
Perarakan ini dimulakan dari kawasan Stadium Darulaman sehingga mengelilingi komplek dan terus berkumpul di kawasan lapang berhampiran Dewan Al-Farabi.

Pasukan Tambor SMKSMAB diberi penghormatan untuk mengepalai perbarisan pada kali ini. Tahniah.

Para guru dari SMKSMAB yang mengetuia perbarisan sekolah.
Seramai 259 pelajar SMKSMAB menjadi wakil sekolah sedang berjalan dalam perbarisan.
Kumpulan perbarisan dari SK Mohamed Shariff yang menjadi tumpuan kerana pakaian patriotik sedondon...

Setelah selesai perararakan, semua peserta dan tetamu berhimpun di kawasan lapang bersebelahan Dewan Al-Farabi bagi upacara kemuncak sambutan hari Kemerdekaan peringkat Kompleks. 

Related Posts with Thumbnails