27 June, 2013

Kejohanan Padang dan Balapan 2013

Merah Bertenaga....itulah yang dibuktikan oleh Pasukan Rumah Al-Tarmizi yang muncul sebagai Johan pada Majlis Kejohanan Padang dan Balapan kali ke 26 yang dilangsungkan pada pagi Selasa bersamaan 25 hb Jun 2013. Naib Johan disandang oleh Pasukan Rumah Al-Khawarizmi.
Sarvin Raaj A/L Karthikesu muncul sebagai Olahragawan manakala Nur Khaleda Bt Mohamad Zuki pula sebagai Olahragawati peringkat sekolah.
Acara Perbarisan untuk Rumah Sukan dimenangi oleh Rumah Al-Ghazali manakala naib Johan disandang oleh Rumah Al-Tarmizi. Pasukan Puteri Islam muncul sebagai Johan Perbarisan kategori Unit Beruniform. Naib Johan disandang oleh pasukan Kadet Polis.

Hiasan Rumah Al Tarmizi yang mendapat naib Johan Perhiasan Rumah Sukan.

Rumah Al-Ghazali

Rumah Al-Khawarizmi

Guru-guru Rumah Sukan Al-Farabi berposing di depan khemah 

Pasukan Unit Beruniform

Pasukan Rumah Sukan
Kejohanan Balapan dan Padang kali ini diadakan secara sederhana di padang sekolah namun semua yang terlibat gembira dan bersemangat. Majlis perasmian disempurnakan oleh YDP PIBG Encik Zainal Anuar Bin Mohd Zain, manakala Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Puan Hajah Dewi Rosnah Bt Radin Suhadi yang sudi meluangkan masa untuk meraikan kemeriahan Kejohanan Balapan dan Padang kali ini  bersama Tuan Pengetua SMKSMAB yang baru, Encik Shahrir Bin Abu Bakar, AJK PIBG, guru-guru dan pelajar Al-Bukhary. Terima Kasih kepada semua yang telah menjayakan majlis kali ini.




20 June, 2013

Selamat Datang untuk Pengetua Baru SMKSMAB

Musim persekolahan bersambung kembali selepas bercuti separuh selama 2 minggu,..warga SMKSMAB mendapat khabar gembira mengenai kedatangan pengetua baru. Hampir 2 bulan SMKSMAB ketiadaan pengetua setelah Puan Hajah Dewi Rosnah Bt Radin Suhadi berpindah tugas ke Pejabat Pelajaran Daerah Kota Setar. Pada hari Rabu 19 Jun 2013,..Pengetua baru SMKSMAB, datang secara rasmi dan disambut dengan bacaan yassin kesyukuran. Majlis ini berlangsung di Dewan Iltizam, dihadiri oleh semua guru dan pelajar yang kelihatan teruja untuk melihat pengetua baru apatah lagi pengetua baru kali ini seorang lelaki setelah hampir 9 tahun SMKSMAB diterajui oleh pengetua wanita.

Encik Shahrir Bin Abu Bakar adalah pengetua SMKSMAB yang ke 14. Beliau dulu bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah PPPS DG 48 di Jabatan Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman. Selamat datang tuan,..seluruh warga SMKSMAB mengucapkan selamat bertugas di sekolah yang kami cintai ini...semoga kehadiran tuan menambahkan kecemerlangan sekolah dalam segala lapangan. Insya Allah.


Kakitangan Jabatan Pelajaran Negeri Kedah yang datang  untuk menghantar serta meraikan Tuan Pengetua Baru Syed Mohamed Al-Bukhary yang baru.

Pihak Pengurusan SMK Syed Mohamed Al-Bukhary yang menerima kedatangan Tuan Pengetua dengan penuh kegembiraan setelah SMKSMAB ketiadaan pengetua sekian lama.

Tuan Pengetua telah mempengerusikan Mesyuarat Staff buat kali pertama pada hari Rabu 
bersamaan 26 Jun 2013.
 

"Kerjasama Teras Kejayaan" 
Related Posts with Thumbnails