15 May, 2010

AMONIA - A Morning in Al-Bukhary...Sukses!



Bertempat di perkarangan SMKSMAB hari ini, bermula jam 7.00 pagi, sudah kelihatan sedikit sibuk dengan persiapan akhir aktiviti  yang melibatkan keseluruhan warga sekolah dan AJK PIBG serta  waris pelajar untuk menjayakan Amonia - bersarapan sambil menderma.


Acara bermula dengan senamrobik beramai-ramai, diikuti dengan bersarapan bersama...para waris dan pelajar boleh membeli pelbagai makanan dari gerai-gerai yang telah disediakan. Antaranya ialah gerai laksa, bihun sup, nasi lemak, mee dan bihun goreng, kuih muih dll. Suasana amat meriah...dan amat membanggakan kerana kupon yang dijual habis dibeli...wahh sesuatu yang diluar jangkaan semua...ini jelas menunjukkan semangat kerjasama dan kekitaan amat tinggi dalam kalangan semua yang terlbat. Syabas SMKSMAB...semoga impian untuk membina Anjung Al-Bukhary terlaksana...







Aktiviti semakin meriah apabila cabutan bertuah bagi kupon-kupon yang dibeli dijalankan, hadiah utama berupa sumbangan dari pelbagai syarikat seperti telivisyen, basikal dan hamper dan tajaan penginapan. Ramai yang bertuah termasuk pengetua SMKSMAB Pn Hajah Dewi Rosnah, serta orang kuat Kokurikulum, Pn Pauziah Ahmad, tahniah.


Aktiviti gotong royong dijalankan selepas semuanya selesai..alhamdulillah semuanya beres dalam masa yang singkat kerana semangat kekitaan yang amat jitu telah ditunjukkan oleh semua warga SMKSMAB.

2 comments:

  1. AMONIA atau "A Morning In Al~Bukhary" telah berjaya mengumpul dana sebanyak hampir RM25 ribu. Hasilnya digunakan untuk membina Anjung Al~Bukhary yang sudah mula dibina. TK semua.

    ReplyDelete
  2. Tiga pokok "keranji laut" di hadapan sekolah telah ditebang untuk laluan Anjung Al~Bukhary.Setinggi-tinggi penghargaan kepada Majlis Bandaran Kota Setar yang memberi keizinan menebang pokok tanpa perlu membayar ganti rugi. Juga kepada TNB yang membantu mencantas dan memastikan bekalan elektrik tidak terganggu. Tidak lupa kepada seorang kontraktor yang menguruskan penebangan dengan kos yang amat rendah.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails