02 August, 2010

Perkhemahan Kem Bersatu

Pada hari Khamis hingga Sabtu lalu (29 hingga 31 Julai) telah dilangsungkan dengan jayanya satu perkhemahan badan-badan beruniform SMKSMAB yang dinamakan Perkhemahan Kem Bersatu. Aktiviti ini disertai oleh unit pasukan Bomba, Kadet Pertahanan Awam (KPA), Kadet Remaja Sekolah (KRS), Unit Tambor, PBSM dan Puteri Islam.
Kem ini bertujuan memupuk mental dan fizikal pelajar supaya lebih berdaya tahan, mampu bersaing, semangat bekerjasama  serta proaktif dalam pelbagai aktiviti sekolah. Aktiviti awal sebenarnya telah bermula lebih awal bagi menyediakan padang dengan tapak-tapak khemah, susunan alatan untuk aktiviti lasak dan penyediaan keperluan perkhemahan. Sangat menarik hati di SMKSMAB, semangat kerjasama yang jitu dan berkualiti tinggi telah menjadikan semua proses berjalan lancar.
Selepas acara pendaftaran yang telah bermula pada jam 3 petang, peserta-peserta kem telah diberi taklimat oleh fasilitator unit masing-masing. Seterusnya aktiviti memasang khemah dipadang. Kerjasama dalam berpasukan telah melancarkan aktiviti ini.




Peserta kem akan mendirikan khemah mereka sendiri. Masing-masing bekerjasama untuk menyiapkan khemah secepat mungkin.










Pn Fauziah selaku PK Kokurikulum memantau aktiviti yang dijalankan oleh para pelajar yang menyertai kem tersebut. Guru-guru unit masing-masing juga tidak ketinggalan menyertai pelajar dalam aktiviti ini. Suasana yang harmoni di SMKSMAB, setiap aktiviti penuh dengan toleransi yang maksimum.



Sepanjang 3 hari 2 malam perkhemahan ini, pelbagai aktiviti telah disusun, antaranya ialah aktiviti berjalan lasak, merentasi halangan, pertandingan kawad serta memasak, pertandingan persembahan terbaik dan aktiviti yang selalunya menjadi kemuncak perkhemahan iaitu mengadakan "barbeque" sambil berhibur dengan persembahan unit masing-masing.
Kelihatan guru unit pengakap, En Amer Nizar sedang memberi taklimat dan panduan kepada semua pelajar.



Daya tahan fizikal peserta kem diuji dengan pelbagai aktiviti lasak.










Peserta perempuan tidak ketinggalan diuji, mereka turut menunjukkan prestasi yang membanggakan dan mampu melakukan aksi yang mengkagumkan.







Di pagi hari menanam bunga,
Bunga ditanam dipinggir desa,
Serikandi pertiwi pahlawan setia,
Bijak berperanan di mana jua.

Bijak bestari di gelanggang pertiwi,
Menabur bakti tiada batasan,
Segak berseri di persada Bukhary,
Malar berbakti tanpa alasan.

2 comments:

  1. Kenapa Kem ini tidak melibatkan ahli-ahli seni pertahanan diri seperti taekwondo, karetedo dan silat.......... kami pon nak masuk...... (T_T)

    ReplyDelete
  2. hmmm.....ni bgus ni....
    sapa la yg komen...btul2

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails