30 October, 2014

SMK SYED MOHAMED AL-BUKHARY MENJADI JOHAN BAGI PERINGKAT NEGERI KEDAH DALAM PERTANDINGAN LIGA REMAJA KREATIF 2014.


SMK Syed Mohamed Al-Bukhary telah menyertai Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014 iaitu merupakan satu pertandingan kandungan terbitan tempatan terbaik. Kandungan yang disertakan untuk pertandingan ini adalah dalam bentuk Video, Portal Internet ataupun Aplikasi Mudah Alih. Tema bagi pertandingan ini adalah “Jalur Lebar Untuk Pendidikan” dan mestilah berbahasa Malaysia.
Tarikh Penyertaan : Bermula 28 Mei 2014 hingga 15 Ogos 2014

Maklumat Peraduan
  1. Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014 adalah anjuran bersama oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Radio Televisyen Malaysia (RTM), Telekom Malaysia dan Media Prima Digital. 
  2. Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014 terbuka kepada para pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia. 
  3. Pelajar yang ingin menyertai mestilah warganegara Malaysia. 
  4. Penyertaan adalah secara berkumpulan dan setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada empat (4) orang pelajar. 
  5. Setiap kumpulan boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. 
Pada awal bulan Oktober pemilihan pemenang bagi pertandingan ini telah dijalankan, SMK Syed Mohamed Al-Bukhary telah berjaya dipilih diantara 10 video terbaik bagi negeri Kedah. SMK Syed Mohamed Al-Bukhary telah dijemput untuk menghadiri majlis penyampaian hadian bagi zon utara yang diadakan yang di Hotel Sunway, Seberang Jaya pada 16 Oktober 2014 yang lalu.

Dalam Majlis yang penuh debaran itu telah mengumumkan bahawa SMK Syed Mohd Al-Bukhary telah berjaya menjadi Johan bagi negeri Kedah seterusnya mewakili negeri Kedah ke peringkat kebangsaan.

Senarai nama pelajar SMK Syed Mohamed Al-Bukhary yang berjaya menjadi Johan peringkat negeri Kedah bagi Pertandingan liga Remaja Kreatif 2014 ini ialah:
  1. Mohammad Akmal Bin Abd Aziz – Tingkatan 5 Ibnu Yasmin 
  2. Mohd Amirul Aiman Bin Mohamad Zohir – Tingkatan 5 Ibnu Yasmin 
  3. Ashabila Ezzwin Bt Abd Rahim– Tingkatan 5 Ibnu Yasmin 
  4. Muhd Faiz B. Salihan – Tingkatan 5 Ibnu Yasmin
Gambar para pemenang bersama guru pembimbing

Hadiah tempat pertama yang dimenangi adalah berupa cek bernilai RM5,000.00 berserta 4 x kamera digital & sijil penyertaan.

Semoga SMK Syed Mohamed Al-Bukhary akan menempa kejayaan diperingkat Kebangsaan pula yang kemungkinan keputusannya akan diumumkan pada awal bulan Disember 2014.

1 comment:

Related Posts with Thumbnails