Pada hari Khamis, 14 Ogos lalu, bertempat di Dewan Iltizam Panitia Grafik Berkomputer SMKSMAB telah mengadakan Pameran Grafik Berkomputer tahun 2014. Pameran Grafik Berkomputer ini merupakan modul terakhir daripada 8 modul yang perlu dilengkapkan oleh pelajar-pelajar yang mengambil kursus MPV grafik berkomputer untuk melayakkan mereka menduduki peperiksaan SPM.
Pada jam 8.55, ketibaan tetamu kehormat yang dijemput untuk merasmikan majlis tersebut iaitu En. Zulkafly Bin Othman, PPD Kota Setar, Kedah. Turut hadir dalam majlis tersebut Tn. Hj. Zainal Annuar Bin Mohd Zain YDP PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mohamed Al-Bukhary, pihak pentadbir sekolah, guru besar sekitar kompleks pendidikan, guru-guru dari SMK Mergong, wakil pelajar dari SK Hj. Mohd Shariff, SKJ (T) Barathi, guru-guru dan para waris bagi pelajar 5 MPV, serta para pelajar tingkatan 5 MPV dan 4 MPV.
Ketibaan En Zulkafly bin Othman - PPD Kota Setar

Ketibaan Tuan PPD Kota Setar disambut dengan alunan muzik dari pasukan Tambor SMKSMAB

Tepat jam 9.00 pagi, majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh pelajar 5 MPV iaitu saudara Muhamad Nukman Bin Hasbullah

Antara tetamu yang hadir pada Majlis Pameran Grafik Berkomputer 2014
Wakil pelajar 5 MPV iaitu saudara Wafiy bin Ahmad Fatahi memberikan ucapan
Ucapan dari Pengetua SMK Syed Mohamed Al-Bukhary – En. Shahrir bin Abu Bakar
Tuan PPD Kota Setar En Zulkafly bin Othman memberi amanat berguna seterusnya melafazkan ucapan perasmian majlis pameran kali ini

Tuan PPD Kota Setar memotong riben sebagai gimik perasmian Pameran Grafik Berkomputer 2014


Tayangan Montaj Pameran Grafik Berkomputer 2014
Pengetua SMKSMAB memberikan cenderahati kepada PPD Kota Setar

PPD Kota Setar memotong riben sebagai simbolik untuk memasuki ruang kiosk pameran




Lawatan ke kiosk pelajar


Antara produk dan barang jualan Pameran Grafik Berkomputer 2014
Persembahan Nyanyian dan Puisi oleh Pelajar SMKSMAB


Antara gelagat pelajar ketika Pameran Grafik Berkomputer 2014
Para pelajar 5 MPV bergambar bersama guru-guru Grafik Berkomputer

Para pelajar 4 MPV bergambar bersama guru-guru Grafik Berkomputer
Panitia Grafik Berkomputer ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah serta jutaan terima kasih kepada para pelajar mata pelajaran grafik berkomputer khususnya pelajar-pelajar tingkatan 5 MPV kerana berjaya menganjurkan pameran grafik berkomputer bagi tahun 2014, tidak ketinggalan juga kepada guru-guru dan warga SMK Syed Mohamed Al-Bukhary yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.
No comments:
Post a Comment