02 January, 2013

Selamat Datang 2013...

Setelah urusan pendaftaran berjaya dilaksanakan untuk semua pelajar, SMKSMAB kini bersedia untuk menghadapi 2013 dengan lebih bersemangat...

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 4 & 5
Pelajar tingkatan 4 dan 5 untuk sesi 2013 telah mendaftar pada 24 hb Disember 2012 yang lalu. Mereka datang ke sekolah dan berkumpul untuk diberi maklumat terkini mengenai urusan pembahagian kelas dan pemberian buku teks. Di samping itu mereka turut bersama-sama guru kelas menyediakan AJK baru sesi 2013.

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1


Pendaftaran untuk pelajar baru telah dijalankan pada 30 hb Disember 2012, pendaftaran bermula jam 8.00 di Dewan Iltizam. Ramai waris datang untuk bersama anak masing-masing di hari bersejarah ini. Tuan Pengetua Puan Hajah Dewi Rosnah Bt Radin Suhadi berpeluang memberikan penjelasan dan maklumat terpeinci berkaitan sekolah kepada waris, di samping itu Penyelia Tingkatan 1, Kaunselor dan Guru Tingkatan 1 juga turut membantu serta menjayakan program ini.

Tuan Pengetua turut mengalu-alukan kedatangan semua  pelajar-pelajar baharu di sekolah ini, beliau berharap mereka dapat menyesuaikan diri serta berbangga menjadi "Bukharian".

Guru-guru Tingkatan melayani waris dan pelajar yang datang mendaftar.

Pelajar dan waris menyemak nama untuk menentukan kelas yang akan diduduki nanti.
Hari pertama Persekolahan
Pada hari Selasa bersamaan 1 hb Januari 2013, semua pelajar berkumpul di Dewan Iltizam untuk Majlis Perhimpunan Rasmi sekolah yang pertama untuk sesi 2013. Perhimpunan bermula jam 7.30 pagi. Seperti biasa acara dimulakan dengan menyanyikan lagu sekolah dan lagu patriotik. Selepas itu acara membaca yaasin beramai-ramai dilangsungkan, semoga Allah memberi keberkatan.

Ustaz Khairul Bazli menjadi khalifah dalam acara bacaan yaasin beramai-ramai.
Selamat datang 2013,..kami di SMKSMAB berjanji dan berikrar untuk lebih berusaha, terus bekerjasama menjadikan sekolah ini sebagai sekolah yang lebih kondusif dan cemerlang selari dengan misi visi sekolah iaitu mencapai tahap sekolah kluster cemerlang di peringkat kebangsaan...In Syaa Allah.


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails