23 August, 2010

Kempen Selamatkan Orang Utan Bersama TV 9 di Al-Bukhary

Hari ini  suasana sekolah diceriakan dengan kedatangan beberapa selebriti dari TV 9 untuk bersama SMKSMAB bagi menjayakan Program Sekolah Sinar Harapan iaitu Kempen Selamatkan Orang Utan anjuran bersama Kementerian Pelajaran Malaysia, TV9 dan Teh Boh Plantation. Kempen ini dijalankan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat  khasnya pelajar-pelajar untuk lebih menghargai serta berusaha melindungi spesis orangutan yang semakin terancam dan akan mengalami kepupusan sekiranya tidak dilindungi.

Petugas dari TV9 yang terdiri daripada selebriti dan pengacara yang menjayakan kempen Selamatkan Orangutan tajaan Boh Plantation bergambar kenangan bersama pihak pentadbitan SMK Syed Mohamed Al Bukhary.

Madam Dewi Rosnah bt Raden Suhadi, Pengetua SMKSMAB  menerima poster dari wakil TV9 iaitu Tam sebagai tanda pihak sekolah akan bekerjasama dalam kempen ini..

2 comments:

  1. nasib bek lepa x kena gunting rambut nan cikgu azizan...kalau x lepa blk semua botak
    hak3

    ReplyDelete
  2. Dalam perjumpaan yang singkat itu madam dapati wpun mereka artis tapi masih menjaga disiplin dan berbahasa. Rambut tu...mmg panjang tp taklah serabut sgt..and that is NOT ALLOWED in school definitely...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails