14 August, 2010

Buletin "Citra Al-Bukhary"

Bertarikh 9 Ogos 2010 bersamaan Hari Isnin lalu, perhimpunan rasmi mingguan yang biasanya diadakan pada hari Ahad telah dibawa ke hari Isnin bagi tujuan melancarkan aktiviti ini yang sedikit terjejas disebabkan hari Ahad adalah permulaan sekolah dibuka setelah bercuti pada Jumaat dan Sabtu.
Perhimpunan minggu ini menyaksikan banyak peristiwa penting yang berlaku di SMKSMAB. Antaranya ialah perasmian dan pelancaran buletin sekolah yang dinamakan "Citra Al~Bukhary" dan juga pelancaran program semarakkan Ramadhan sempena menyambut bulan Ramadhan 1431 Hijrah.


Madam Dewi Rosnah bt Radin Suhadi mempamerkan buletin pertama yang telah diterbitkan. Buletin ini diwujudkan untuk memberi peluang kepada semua warga SMKSMAB peka mengenai peristiwa semasa sekolah serta memberi peluang untuk para guru dan pelajar berkarya.Di samping itu, krew Bukhary (4MPV) diberi tugasan mengambil foto di bawah seliaan Puan Tengku Fariza.


Madam Dewi Rosnah menyerahkan Buletin kepada Cikgu Shahidan iaitu Pengerusi Kelab Guru SMKSMAB untuk disampaikan kepada semua guru nanti.
Semoga Citra Al~Bukhary akan menjadi suatu wadah untuk pelajar SMKSMAB meluahkan kreativiti serta bakat menulis, melukis dan mengedit mereka bagi dipamerkan kepada semua warga SMKSMAB yang lain.
"Selamat Maju Jaya"

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails