21 July, 2010

Jaya Waris Tingkatan 1, 2 dan 4

Bertempat di Anjung Mutiara pada 19 Julai lalu berlangsung lagi satu aktiviti yang melibatkan pertemuan 3 hala antara pelajar, waris masing-masing dan guru-guru khasnya guru tingkatan.  Majlis ini adalah kesinambungan Majlis Jaya Waris tingkatan 3 dan 5 dua minggu lalu. Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun telah dijadikan satu ukuran terhadap pencapaian masing-masing.
Dalam pertemuan itu, guru-guru berpeluang untuk memaklumkan prestasi akademik dan sahsiah pelajar kepada ibu bapa mereka, semua ini bertujuan untuk memberikan impak positif dalam menjana kecemerlangan akademik dan menjamin kemenjadian sahsiah pelajar selari hasrat bersama ibu bapa dan guru yang inginkan anak-anak serta anak didik berjaya di masa hadapan.

Sambutan yang amat menggalakan daripada para waris yang bersabar menunggu untuk berjumpa dengan guru kelas anak-anak mereka.

Sikap ibu bapa yang prihatin akan menjamin kecemerlangan anak-anak.

 Hanya kegembiraan sahaja yang mampu diterjemahkan apabila ibu bapa melihat kejayaan anak sendiri. Sudah tentu waris ini amat gembira dengan pencapaian anaknya...lihatlah sendiri aksinya...

Majlis ini menjadi acara tahunan bagi warga SMK Syed Mohamed Al-Bukhary. Semoga pengorbanan pelajar, para waris dan guru-guru akan membuahkan hasil yang gemilang dari masa ke semasa. Bekerjasama ke arah kecemerlangan pelajar adalah teras kepada perlaksanaan aktiviti dua hala ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails