05 June, 2010

Sekitar Perayaan Hari Guru Peringkat Kompleks Pendidikan Jalan Stadium..

Sempena menyambut Perayaan Hari Guru, sekolah-sekolah dalam Kompleks Pendidikan Jalan Stadium dengan kerjasama JPN telah berusaha mengadakan sambutan yang amat bermakna ini bertempat di Dewan Al-Farabi pada 2 hb Jun 2010. Majlis ini bermula jam 8.00 malam dengan dihadiri oleh peserta guru dari kesemua sekolah-sekolah dalam komplek ini. Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah Pelajaran Negeri Kedah dan isteri.
SMKSMAB diwakili oleh 40 orang guru bagi merayakan Hari Guru Peringkat Komplek Pendidikan. Sebagai jawatankuasa sambutan, pasukan kompang dan bunga manggar diwujudkan dari kalangan guru. Istimewanya majlis ini juga memberi peluang kepada ramai guru SMKSMAB menunjukkan bakat masing-masing.


Selalunya pelajar yang buat kerja ni,(bawa sireh junjung)...kini tiba masanya jelitawan SMKSMAB pula mengambil giran. (Cikgu Anisah dan Cikgu Pauziah) Mereka diapit oleh hulubalang yang gagah perkara, Cikgu Jasni dan Cikgu Azman..


Lakonan yang bersemangat telah dipersembahkan oleh semua guru SMKSMAB yang terlibat. Kelihatan Cikgu Fadhillah dan Cikgu Azizahwati sedang beraksi sebagai pelajar hiperaktif.

Pasukan kompang yang terdiri daripada guru-guru lelaki SMKSMAB, antaranya Cikgu Halim, Ustaz Khairul Bazli, Cikgu Amer, Cikgu Sobri dan Mr Teoh..

Sketsa yang dipersembahkan oleh perwakilan guru dari SMKSMAB memberi kesan yang mendalam terhadap para penonton, jelas dan terbukti bahawa semua guru yang terlibat mempunyai aura...kelihatan dalam gambar, Cikgu Jaliah, Miss Au dan En.Azizan bersemangat bekerjasama di atas pentas. Tahniah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails