19 March, 2010

Pelajar Cemerlang SPM 2010 SMKSMAB...jom kenal.

Nur shuhaina Bt Abu Bakar  mencium tangan bapanya semasa  hari pengumuman Keputusan SPM 2010 (11 Mac 2010)

Keputusan yang diperoleh oleh Nur Shuhaina.
 (9 A)
  • B.Melayu    A+ 
  • B.Inggeris    A 
  • Sejarah        A+ 
  • P. Islam       A+ 
  • Matematik   A+ 
  • Kimia          A+ 
  • Biologi         A- 
  • Fizik            A- 
  • Mate. Tambahan A-
Berikut merupakan teknik belajar yang diamalkan oleh Nur Shuhaina:
1) Beri tumpuan sepenuhnya ketika cikgu sedang mengajar dalam kelas
2) Bertanya dan meminta penerangan jika tidak faham.
3) Buat jadual waktu belajar di rumah.
4) Luangkan masa 4 jam untuk belajar selepas pulang dari sekolah dan 2 jam untuk berehat.
5) Membuat banyak latihan seperti untuk subjek susah. (biology,chemistry,physic)
6) Bangun awal pagi dan bersolat tahajud dan hajat dahulu dan selepas itu barulah saya belajar..
7) Sediakan nota ringkas untuk subjek2 yg perlu dihafal, (sejarah, biology, chemistry, P islam)
8) meluangkan lebih banyak masa untuk belajar pada masa cuti.
9) Mengulangkaji bersama2 kawan, (membuat latihan additional mathematics dan subjek sains tulen seperti kimia, biologi dan fizik.
11) Membaca nota ringkas saya dan menghafalnya ketika kelapangan.
12) Membuat peta minda dan dilekatkan di dalam bilik.
13) Mengumpulkan semua formula dan bawa ke mana2 sahaja sambil membacanya.
14) Membaca Al-Quran setiap hari selepas maghrib.
15) Jangan tinggalkan solat. inilah rahsia kunci kejayaan saya.

Ucapan dari Shuhaina:
  • Saya bersyukur kepada Allah swt kerana telah memberikan kejayaan yang tidak terhingga ini kepada saya. Tidak lupa juga kepada semua guru SMK Syed Mohamed Al Bukhary yg banyak memberikan tunjuk ajar, menumpahkan segala ilmu mereka kepada saya. Tanpa mereka saya tidak mungkin akan berjaya sampai disini.
  • Jutaan terima kasih juga kepada ibu bapa dan kakak saya yang banyak memberikan sokongan dan dorongan, memerah keringat demi membesarkan saya menjadi seorang insan yg berjaya.
  • Sekalung penghargaan juga diberikan kepada rakan dan sahabat yang banyak membantu, disamping bantuan daripada guru. Saya juga amat berbangga menjadi warga SMKSMAB.
  • Akhir kata saya mengucapkan selamat berjaya kepada adik-adik yang bakal menghadapi peperiksaan. Berusahalah dari sekarang jika ingin masa hadapan yang cerah, selaras dengan moto sekolah kita. Tidak ada kejayaan yg datang bergolek melainkan kita yg perlu mencarinya. Ingatlah di mana ada kemahuan di situ ada kejayaan..selamat maju jaya untuk semua pelajar smk syed mohamed al bukhary. Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails