02 September, 2010

Kemuncak Kemerdekaan dan Ambang Aidilfitri di Al-Bukhary.

Hri ini  (khamis) bersamaan 2 September 2010, adalah hari terakhir persekolahan sebelum bercuti selama 2 minggu. Hari ini juga melakar sejarah buat semua warga SMKSMAB kerana telah dilangsungkan 3 majlis yang saling berkaitan iaitu Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan, Majlis Khatam  Al-Quran serta Majlis Sumbangsih Aidilfitri yang bakal menjelang.

Sememangnya menjadi ingatan, majlis gilang gemilang...dihadiri pelajar, guru dan semua warga...diceriakan lagi dengan kesudian waris pengasas sekolah ini iaitu Sharifah Fatimah yang menyampaikan hadiah dan sumbangan kepada pelajar. Majlis bermula pada jam 11.00 pagi.  Aktiviti yang padat hari ini dimulakan dengan penyampaian hadiah kecemerlangan pelajar tingkatan 3 yang cemerlang dalam Peperiksaan Percubaan PMR serta pelajar tingkatan 4 yang cemerlang dalam ujian bulanan Julai lalu.
Sejurus selepas itu bermulalah Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan, pelajar-pelajar yang memenangi pertandingan yang dianjurkan sempena bulan kemerdekaan ini diberikan hadiah oleh Jabatan Kemanusiaan melalui Panitia Pendidikan Sivik.























Hadiah kecemerlangan akademik disampaikan oleh Pn Fadhilah, Guru Kanan Sains dan Matematik, manakala hadiah sempena bulan kemerdekaan disampaikan oleh Pn Jamaliah bt Abdul Fatah (Pen. Kanan) diiringi Pn Jaliah (Guru kanan Kemanusiaan).


Acara Penutupan Bulan Kemerdekaan juga diselitkan dengan persembahan deklamasi sajak oleh saudara Aiman dan Nasihah daripada tingkatan 2 AG.









Majlis Khatam Al-Quran diketuai oleh Ustaz Zaki b Mohd Ali, disertai oleh guru-guru (Cikgu Abd Halim, Cikgu Shahnur, Cikgu Ezzat dan Cikgu Shahidan) dan 52 orang putera puteri SMKSMAB.

Selepas Majlis Khatam Al-Quran, bermulalah acara kemuncak iaitu Sumbangsih Aidilfitri. Madam Dewi Rosnah memaklumkan kutipan yang akan dikembalikan semula kepada warga SMKSMAB yang memerlukan berjumlah RM7000.00. Sesuatu yang amat membanggakan!.

Majlis sumbangsih dimulakan dengan menjemput Puan Hajah Sharifah Fatimah memberikan sumbangan kepada pelajar Pendidikan Khas, diikuti oleh guru-guru yang memberikan sumbangan. Sumbangsih aidilfitri ini merupakan acara tahunan, sumbangan juga diberikan kepada pelajar-pelajar yang telah dikenalpasti memerlukan serta tidak lupa kepada pelajar yang ketiadaan ibu atau bapa ( anak yatim).


Akhirnya, tibalah majlis ke acara yang pasti tidak dilupakan oleh semua warga SMKSMAB iaitu acara memberikan "duit raya" kepada semua pelajar., mungkin jumlah yang diberikan tidak seberapa namun bak kata Madam "sebagai tanda ingatan". Sambil bermaaf-maafan...bersalam-salaman, diiringi dendangan lagu-lagu raya yang memeriahkan suasana...peristiwa ini menjadi nostalgia indah buat kita semua...
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI - MAAF ZAHIR & BATIN.


MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!!!

In the name of Allah,
The most Gracious,
the Most Merciful.


I must say that we are all blessed to be Malaysian and were granted another opportunity to celebrate our 53rd Independence Day. This year the celebration is different as there is no  gathering and procession from the Dataran Merdeka. But despite of that, we were  still able to feel the mood indoor of the Bukit Jalil Stadium through the telecasts.


As for Bukharian, we have made another history as we had led the Merdeka gathering and procession around the Education Complex in the morning. Our Tambor was just superb with their beats, followed by our VIPs and a thousand-odd of teachers and students from the six schools in the enclosed area. Iskandar and Adam of our KRS led the "doa" and flag raising respectively. I was overwhelmed by the event.

At 6-30pm we gathered again at our "musolla' to recite the "YaSiin" for our little Year 6 students to face their UPSR, followed by prayers, mass "berbuka puasa", "terawih" and "moreh". We then proceeded to Al-Farabi Hall for the Merdeka countdown. Unfortunately there was no life telecast but we made it awesomely well and in high spirits. Above all, a performance by our boys, Safwan and his friends again was the most memorable, effective and meaningful.

To all Bukharian, congratulations and TQ for making our Merdeka Day Celebration  this year a REAL DIFFERENCE . We have managed to free ourselves from the concerts, fireworks and parties.

MERDEKA!  MERDEKA!!  MERDEKA!!!

31 August, 2010

Sambutan Kemerdekaan - Seluruh Warga Kompleks Pendidikan Bersatu.

Isnin, 30 Ogos...buat julung kalinya seluruh warga Kompleks Pendidikan bersatu dalam acara rasmi tahunan sempena hari  kemerdekaan dengan berarak serta berkumpul di hadapan Dewan Al-Farabi. Pada tahun-tahun sebelumnya semua warga sekolah dan Jabatan Pelajaran Negeri Kedah cuma mengadakan perhimpunan secara berasingan, namun sambutan kemerdekaan kali ini diperbaharui dengan acara perarakan dan seterusnya berkumpul bersama bagi mendengar perutusan Hari Kemerdekaan dari Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Alimuddin Mohd Dom.  Perutusan itu dibacakan sendiri oleh Pengarah Pelajaran Negeri Kedah, Tuan Haji Shahidan b. Abdul Rahman. Acara dimulakan pada jam 8.00 pagi  di mana semua perwakilan iaitu pelajar dan guru-guru, Pengetua serta Guru Besar, kakitangan dari BTPN, Jabatan Pelajaran Negeri dan seluruh warga kerja komplek pendidikan mula berarak dari sekolah masing-masing menuju ke Dataran Al-Farabi.

Perbarisan didahului oleh pasukan Tambor dari SMK Syed Mohamed Al-Bukhary (SMKSMAB), yang menerajui dan mengiringi perbarisan dengan alunan lagu-lagu patriotik dengan begitu segak dan bergaya. Pasukan daripada sekolah-sekolah lain juga menunjukkan kesungguhan. tambah meriah lagi dengan murid-murid SJK(T) Barathy yang memperagakan pakaian tradisional berwarna-warni.


Sejurus selepas ketibaan semua peserta di Dataran Al-Farabi, acara dimulakan dengan menyanyikan lagu Negaraku di samping menaikkan bendera oleh Adam, anggota KRS SMKSMAB dan seterusnya bacaan doa oleh Kapten KRS  juga dari SMKSMAB iaitu Mohamed Iskandar. Suasana bertambah bersemangat dengan laungan 7X kemerdekaan selepas itu.


Pengarah Pelajaran Kedah, Tuan Haji Shahidan sempat berpesan kepada semua pelajar dan guru agar terus memelihara kemerdekaan negara dengan terus menjana semangat jati diri serta berusaha memerdekakan minda dari terus dijajah. Beliau juga mengingatkan generasi muda agar menghargai pengorbanan semua pejuang kemerdekaan negara, seterusnya beliau membacakan amanat kemerdekaan. Program ini ternyata mampu menjana semangat patriotik semua yang hadir kerana sanggup berdiri dan bersabar  walaupun kebanyakkan hadirin berpuasa. Semoga perhimpuan ini akan menjadi tradisi warga kompleks pendidikan.

Majlis Sambutan Ambang Kemerdekaan diteruskan pada sebelah malam dengan pelbagai aturcara yang melibatkan keseluruhan warga Kompleks Pendidikan. Bertempat di Dewan Al-Farabi, ramai tetamu kehormat yang diketuai oleh Pengarah Pelajaran Negeri Kedah sendiri, Tuan Haji Shahidan b Abdul Rahman diiringi oleh Pengetua Sekolah, Pegawai dari Pejabat Pelajaran, guru-guru serta pelajar berhimpun beramai-ramai bagi menghayati detik-detik menjelang kemerdekaan.

25 August, 2010

Tangisan Gaza,...Al-Bukhary Empati...

Hari ini, tepat jam 12.30 tengahari, seorang tetamu yang amat dinanti-nantikan telah hadir ke surau SMKSMAB bagi menceritakan pengalamannya sendiri ketika melaksanakan ekpedisi bantuan ke Palestin, beliau adalah En.Noorazman Mohd Samsuddin, dari NGO Haluan Palestin yang terlibat dalam peristiwa penahanan kapal Mavi Marmara oleh tentera regim zionis yang amat kejam. Kapal yang membawa bantuan kemanusian yang dinamakan "Misi Talian Hayat Untuk Gaza" itu telah diserang ketika masih berada di perairan antarabangsa. Pengalaman beliau bersama 11 lagi rakyat Malaysia sebagai sukarelawan ketika itu (30 Mei 2010) kini dikongsi bersama warga SMKSMAB. Pelajar-pelajar telah diberi suatu suntikan keinsafan apabila beliau turut menayangkan beberapa klip video yang memaparkan peristiwa sebenar ketika serangan itu berlaku serta kekejaman tentera yahudi menentang umat islam Palestin dan sesiapa jua yang ingin membantu mereka.

SMK Syed Mohamed Al-Bukhary merasa empati, suatu kutipan derma telah dilakukan dan sebanyak RM1700.00 berjaya dikumpulkan dalam masa 2 hari. Semoga sumbangan yang tidak seberapa itu dapat meringankan sedikit penderitaan rakyat Palestin. Sumbangan disampaikan sendiri oleh Pengetua SMKSMAB iaitu Pn Hajah Dewi Rosnah bt Radin Suhadi kepada En. Noorazman. Insyaallah, sedekah kami di bualan Ramadhan yang mulia ini dapat juga disampaikan kepada masyarakat Palestin dengan selamat nanti. Tahniah warga SMKSMAB. Alhamdulillah.

24 August, 2010

Ihya' Ramadhan di SMKSMAB

Ramadhan datang lagi, membawa bersamanya keberkatan, keampunan dan keredhaan. SMKSMAB menyambut Ramadhan 1431 Hijrah kali ini dengan penuh persediaan, pelbagai program dan aktiviti disusun khasnya buat pelajar dan guru untuk mengimarahkan bulan yang mulia ini.
Bermula dengan bacaan yassin beramai-ramai setiap pagi, diteruskan dengan aktiviti bertadarus Al-Quran pada masa rehat dan senggang dan diperkuatkan dengan ceramah kesedaran bagi menguatkan mental, semuanya disusun dengan tujuan membina rohani yang mantap dalam kalangan warga sekolah selari dengan arus kehidupan yang semakin mencabar.

Selain pelajar, guru-guru juga meluangkan masa bertadarrus Al-Quran pada masa rehat.




Pelajar bertadarrus sesama mereka di surau sekolah. Aktiviti yang dapat mengisi masa dengan pemantapan mental dan rohani.


Ustazah Zauyah selaku kaunselor SMKSMAB mengendalikan ceramah untuk pelajar yang bertajuk "Hatiku Tersentuh Jua" bertemakan kegawatan sosial dalam kalangan remaja masa kini bertempat di surau sekolah pada Isnin 23 Ogos 2010. 

Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada remaja khasnya pelajar-pelajar di SMKSMAB mengenai bahaya penyakit sosial yang boleh mencetuskan pelbagai gejala negatif seperti pembuangan bayi yang semakin menular masa kini. Pelajar telah didedahkan dengan banyak informasi mengenai sebab dan akibat berlakunya banyak gejala sosial, antaranya ialah gaya pemakanan yang tidak menepati syariat. Selain itu program motivasi ini juga menyemai rasa keinsafan dan nilai kesyukuran apabila klip video penderitaan umat islam Plastine turut ditayangkan kepada mereka. 
Insyaallah...Ramadhan tahun ini lebih bermakna dengan pelbagai program kerohanian seperti ini.

23 August, 2010

Kempen Selamatkan Orang Utan Bersama TV 9 di Al-Bukhary

Hari ini  suasana sekolah diceriakan dengan kedatangan beberapa selebriti dari TV 9 untuk bersama SMKSMAB bagi menjayakan Program Sekolah Sinar Harapan iaitu Kempen Selamatkan Orang Utan anjuran bersama Kementerian Pelajaran Malaysia, TV9 dan Teh Boh Plantation. Kempen ini dijalankan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat  khasnya pelajar-pelajar untuk lebih menghargai serta berusaha melindungi spesis orangutan yang semakin terancam dan akan mengalami kepupusan sekiranya tidak dilindungi.

Petugas dari TV9 yang terdiri daripada selebriti dan pengacara yang menjayakan kempen Selamatkan Orangutan tajaan Boh Plantation bergambar kenangan bersama pihak pentadbitan SMK Syed Mohamed Al Bukhary.

Madam Dewi Rosnah bt Raden Suhadi, Pengetua SMKSMAB  menerima poster dari wakil TV9 iaitu Tam sebagai tanda pihak sekolah akan bekerjasama dalam kempen ini..

18 August, 2010

Learn a few words today....

Today is Wednesday, 18th August 2010. I woke up at 4.45 am for "sahur" (no English word for it??). After a few spoons of porridge (bubur kanji/bubur nasi/moi), I tried to prepare myself for school. I have promised to meet the F1 and F2 students this morning. I have even bought a mat (tikar) for Ustaz Zaki and the 2AG students to sit while leading to read the YaSin.

However, I felt very uncomfortable (tidak selesa). I have terrible pain on my spine (tulang belakang). So I did not go to school. I went to the doctor instead. She said I have problems with my lumbar (scientific name) and I have to take calcium to reduce from getting osteoporosis and osteo-arthtritis.(Osteo: penyakit berkaitan tulang lemah/rapuh)

14 August, 2010

Semarak Ramadhan di Al-Bukhary

Sempena kedatangan bulan Ramadhan 1431 Hijrah, semua warga SMKSMAB gembira dan teruja. Panitia Pendidikan Islam menyemarakkan sambutan Ramadhan kali ini dengan pelancaran "Ramadhan Al-Mubarak" pada 9 Ogos 2010 lalu. Acara ini dilangsungkan selepas pelancaran "Citra Al~Bukhary", buletin pertama sekolah yang memuatkan pelbagai informasi mengenai sekolah.

Ustazah Nadhirah bt Abd Jamil, seorang guru di SMKSMAB telah memberikan sedikit nasihat dan panduan bagi semua warga SMKSMAB untuk menyambut Ramadhan dengan sepenuh keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Beliau yang baru memulakan tugasnya semula setelah bercuti sakit berjaya memberi jiwa keinsafan dalam ucapannya yang bersemangat..semoga roh Ramadhan bersama kami di Al~Bukhary.

Seterusnya audien diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran oleh qari sekolah. Menenangkan jiwa. Alhamdulillah. Cikgu Ezat Omar, pujangga di SMKSMAB meneruskan acara dengan pelbagai "gimik" dan keletahnya...sambil tersenyum ramai yang terkena dan tersentuh dengan kata-katanya. Persembahan monolognya yang bersahaja mampu memberi keinsafan pada semua. Terima kasih cikgu Ezat.

Sebagai menyemarakkan semangat Ramadhan, bermula Khamis lalu, hari kedua berpuasa, setelah bercuti sehari pada Rabu, semua pelajar dan guru-guru memulakan aktiviti pagi dengan bacaan yassin. Pelajar dari tingkatan 3 dan 5 seperti biasa membaca yassin di Surau sekolah, manakala tingkatan 1 dan 2 di Anjung Mutiara. Ahlan ya sahlan ya Ramadhan, kami menerima kedatanganmu dengan gembira.

Khamis - 12 Ogos 2010 - Madam Dewi Rosnah bt Radin Suhadi selaku Pengetua SMKSMAB memberi dorongan dan perangsang kepada pelajar tingkatan 1 dan 2 yang akan sama-sama membaca yassin setiap pagi sebelum memulakan pembelajaran mereka di sepanjang Ramadhan.

Serentak dengan itu pada waktu rehat,.tazkirah Ramadhan pula disiarkan melalui pembesar suara, selain itu majlis tadarrus Al-Quran juga dilangsungkan. Semua pelajar dan guru berpeluang menggunakan sepenuh masa dengan aktiviti yang membawa manfaat. Semua aktiviti ini diurus dan disusun oleh Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab SMKSMAB. Syabas semua ustaz dan ustazah.
Related Posts with Thumbnails