Showing posts with label AKTIVITI KELAB. Show all posts
Showing posts with label AKTIVITI KELAB. Show all posts

04 May, 2015

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2015



Majlis Anugerah Cemerlang 2015 telah diadakan di dewan sekolah Syed  Mohamed Al-Bukhary iaitu Dewan Iltizam, Dewan sekolah yang kelihatan kaku kini semakin ceria dengan beberapa pembaikan, antaranya dicat dan dihiaskan dengan lukisan mural.


Pelajar dan guru-guru berkerjasama untuk menjayakan hari istimewa ini..gambar di atas menunjukkan kumpulan nasyid sekolah yang berjaya mendapat tempat ke 3 pertandingan nasyid peringkat negeri berlatih untuk persembahan pada hari tersebut.


Para pelajar yang akan menerima hadiah pula diberi taklimat oleh guru-guru bagi melicinkan perjalanan penyampaian anugerah nanti.


Taklimat terakhir diadakan sehari sebelum majlis berlangsung bertujuan memberi informasi terkini kepada semua yang terlibat bagi menjayakan hari yang gilang gemilang itu.


Belakang tabir ...ustaz Khairul sedang menyediakan tulisan khat sebagai satu elemen tambahan untuk hiasan pentas anugerah cemerlang kali ini yang bertemakan "hiasan islamik".

Akhirnya dengan berkat kerjasama semua warga sekolah, hari Anugerah Cemerlang SMK Syed Mohamed Al-Bukhary berjaya dilangsungkan dalam suasana seperti yang diingini...lancar dan meriah..
............tunggu update untuk hari tersebut, in sya Allah.

15 January, 2014

Ceramah Sempena Maulidul Rasul 1435 Hijrah

Sempena sambutan Maulidur Rasul s.a.w 2014 bersamaan 1435 Hijrah, pihak sekolah telah mengadakan sesi ceramah khas pada hari Rabu 15 Januari bertempat di surau SMKSMAB.  Aktiviti ini memenuhi ruang masa kokurikulum yang diadakan pada setiap petang hari rabu bermula jam 2.30 sehingga 4.30 petang.




Semua pelajar dan guru menghadiri ceramah ini. Semoga segala ilmu yang disampaikan oleh penceramah dapat membuka minda untuk menjadi manusia yang lebih sempurna di dunia dan akhirat.

11 November, 2013

Pertandingan Memasak Bubur Asyura

Sempena sambutan Maal Hijrah dan meraikan bulan Muharam 1435 Hijrah, dengan bertemakan "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah".Pihak Panitia Pendidikan Islam SMKSMAB telah menganjurkan Pertandingan Memasak Bubur Asyura. Pertandingan ini diadakan mengikut kategori unit berunifom. Kerjasama antara pelajar dan guru-guru bagi menghasilkan rasa bubur yang paling sedap telah berjaya menjalinkan suasana kekeluargaan yang amat harmoni. Jom kita saksikan...

Unit  Uniform Puteri Islam dan KPA 3( kumpulan yang ke 3) sedang bertungkus lumus mengacau bubur a'syura . Kumpulan ini mendapat hadiah saguhati.


Wah!!! bersemangat sungguh kumpulan ke 5 daripada unit uniform PBSM, Bomba dan PKBM ini. Kumpulan ini berjaya mendapat tempat kedua.


Ini pula daripada  kumpulan 1 yang terdiri daripada Unit Uniform Kadet Remaja Sekolah & Tambor . Seronoknya lihat semangat kerjasama antara guru dan pelajar yang dapat membuahkan ukhwah antara mereka.

Meriah sungguh suasana ini..tercapailah matlamat pertandingan ini untuk mengeratkan silaturrahim dan memupuk semangat bekerjasama serta muafakat antara warga SMKSMAB.

Pelajar-pelajar ini sedang sibuk menyediakan daun pisang untuk melapik bubur a'syura. Semuanya memainkan peranan masing-masing.
 
AJK PIBG dan Cikgu Rohana GK Bahasa, juga memberi sokongan dalam acara pertandingan memasak bubur a'syura. Ini adalah daripada kumpulan 2 yang terdiri daripada Unit Uniform Polis & Pandu Puteri. Kumpulan ini berjaya mendapat tempat ke 3.



 Tuan Pengetua En. Shahrir Bin Abu Bakar dan salah seorang AJK PIBG juga tidak melepaskan peluang untuk turut serta menjayakan pertandingan ini.
Tergambar cerianya diwajah guru-guru kumpulan 5, memberi kerjasama yang padu untuk menjayakan pertandingan mengacau bubur a'syura. 

 
Kumpulan 4 yang terdiri daripada pengakap & pengakap laut telah berjaya mendapat tempat pertama di dalam pertandingan ini. Tahniah!!!

"Muafakat membawa berkat"

Bersemangat guru-guru Unit Uniform  Puteri Islam untuk mendapat masakan bubur a'syura yang paling sedap.

Guru memberi arahan untuk memasukkan bahan-bahan ke dalam bubur a'syura.


Guru-guru daripada kumpulan 1 ceria menyediakan bahan-bahan untuk bubur a'syura ini.

Pelajar-pelajar juga sibok menyediakan bahan untuk kumpulan mereka.


Bersemangat PK HEM, Pn. Jaliah mengacau bubur a'syura .

Salah seorang daripada AJK PIBG memilih daun pandan yang digunakan untuk mengharumkan bau bubur a'syura..

Masing-masing ada peranan tersendiri, dari pihak pengurusan tertinggi sehinggalah pelajar dan pekerja, ada yang kupas ubi, bersihkan daun pisang dan pandan, mengacau bubur dan mengisi bubur dalam bekas untuk diagihkan kepada semua warga sekolah. Wakil dari pihak ibu bapa pun turut sama memeriahkan suasana kekeluargaan ini. 
Syabas Warga Bukhary. Tahniah. 

02 June, 2010

Karnival Futsal antara Sekolah (Kompleks Pendidikan)

Bertempat di gelanggang Serbaouna PIBG SMKSMAB, pada 8 dan 15 Mei 2010 (Sabtu), Kelab Futsal SMKSMAB telah menganjurkan Karnival Futsal Antara Sekolah-sekolah dalam Kompleks Pendidikan. Antara sekolah yang mengambil bahagian ialah SMK Vokasional, SMK Darulaman dan tuan rumah SMK Syed Mohamed Al-Bukhary (Kategori sekolah Menengah) dan SK Haji Mohamad Sharif, SK Tunku Abd Halim dan SRJ(T) Barathy (Kategori sekolah rendah)


Cikgu Che Aziz dan Cikgu Wan dari SMKSMAB yang bertindak sebagai pendaftar pada hari kejohanan tersebut.


Barisan pemain futsal dari SMKSMAB yang akhirnya menjadi juara kejohanan ddalam kategori sekolah menengah.


Pn Pauziah Bt Ahmad dan Cikgu Ezat yang banyak membantu dalam Karnival Futsal yang julung kali diadakan ini..mungkin akan dijadikan acara tahunan kerana ternyata dapat menyumbang kerjasama antara sekolah-sekolah dalam kompleks pendidikan. Tahniah Kelab Futsal SMKSMAB.

11 May, 2010

Terima kasih SSBJ - Kembara ilmu

Pada 6 Mei lalu Kelab Bola Jaring SMKSMAB dengan kerjasama olahragawan sekolah berpeluang membuat lawatan sambil belajar ke Melaka Bandaraya Bersejarah dan Kuala Lumpur. Turut tersenarai dalam lokasi lawatan ialah Sekolah Sukan Bukit Jalil, sampai di sana, kami kagum dan terharu dengan sambutan dan keramahan warga SSBJ termasuklah Madam Marina Chin (sprinter era 80-an) yang kini menjadi pengetua di sini. Turut meraikan kami ialah para guru dan atlit SSBJ yang semuanya mesra dan berbudi bahasa.

Peserta lawatan yang terdiri daripada Kelab bola jaring dan olahraga SMKSMAB bersama guru dan atlit bergmbar kenangan.



Madam Marina Chin, Pengetua SSBJ, Cikgu Zaidi (Pen kanan kokurikulum SSBJ), guru pengiring dan peserta lawatan  bergambar kenangan sejurus kami sampai...



....sementara peserta olahraga dibawa kepadang untuk klinik olahraga bersama para atlit olahraga SSBJ, ahli kelab bola jaring juga diberikan latihan dan panduan untuk mendalami ilmu bola jaring...mereka mendapat banyak tunjukajar dan panduan serta disiplin oleh pemain bola jaring SSBJ yang rata2nya berketinggian 170 cm...
Penyelaras Kelab bola Jaring SMKSMAB bersama guru-guru dari SSBJ Pn Rozila dn Pn Sharlini yang amat membantu, mesra  dan peramah.


sempat merasa hidangan untuk para atlit...di dewan makan SSBJ


Lawatan ini turut disertai oleh abang wan (azwan) dan cikgu Sobri..


Sempat dibawa meninjau persekitaran sekolah...kagum dengan kemudahan sukan yang terdapat di SSBJ. Selamat tinggal SSBJ, kenangan indah yang membuka minda kami semua.

10 April, 2010

Kejohanan Bola Tampar MSSD

 
Barisan pemain sekolah sedang menuggu giliran perlawanan sambil memerhatikan teknik-teknik pihak lawan
 
Perlawanan pertama bagi pihak sekolah...SMK Syed Mohamed Al-Bukhary menentang SMK Convent...

 
Selesai perlawan pertama - singgah sebentar untuk makan tengah hari bagi mengembalikan tenaga yang telah hilang.....( waa besarnya gelas.....)

  
Makan jangan x makan.....(^-^)................    
  
                                               
                                            Bersama jurulatih pasukan - Cikgu Adyani Ahmad....(^_^)

 
 Bersama-sama memberi sorakan semangat kepada pasukan.....

 
  Go Bukhari go go Bukhary ...Hep Hep !!!

 
Bukhary....!!!!!! HAH..!!!!!......................................
Related Posts with Thumbnails