Salam semua warga SMKSMAB. Pagi ahad lepas, kita semua telah dikejutkan dengan berita pemergian buat selama-lamanya saudara Faizal b. Fadzil dari kelas 5 Perdagangan. Beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir pada hari Sabtu, 22 Januari 2011 bersamaan 17 Safar 1432 Hijrah. Brliau juga selamat disemadikan pada jam 11.00 pagi hari yang sama. Takziah diucapkan kepada keluarga beliau.
Sebenarnya umum tidak mengetahui bahawa beliau adalah pengidap leukimia dan juga dijangkiti demam denggi berdarah. Di sepanjang pergaulannya dengan guru dan rakan-rakan, Faizal merupakan seorang pelajar yang sangat berbudi bahasa dan menghormati orang lain. Raut wajahnya sentiasa mengukir senyuman. Justeru ramai yang menyangka beliau seorang yang sihat. Beliau juga merupakan pelajar yang tidak pernah menimbulkan masalah serta sangat tekun dalam pelajaran.
Beliau tidak sempat mendaftar pada sesi persekolahan 2011 kerana menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah dan kemudiannya dirujuk ke Hospital Pulau Pinang. Rupanya di saat kita semua sedang bercuti dulu, saudara Faizal sedang berjuang dengan maut. Sesungguhnya kita cuma milik Allah, tiba ketikanya, kita pasti merasai detik kematian. cuma mungkin sudah ditakdirkan saudara Faizal mendahului kita. Al-Fatihah.
Saudara Faizal, bersemadilah dengan aman, kami semua warga SMKSMAB mendoakan kesejahteraanmu di sana.
"Ya Allah, cucurilah rahmatMu kepada saudara Faizal, tempatkan dirinya bersama roh para shuhada". Amin.
P/S : Pada perhimpunan rasmi pagi tadi (Isnin- 24 Januari), Pengetua SMKSMAB, Pn Hajah Dewi Rosnah bt Radin Suhadi telah mengumumkan jumlah kutipan kilat yang dilakukan bagi sumbangan ikhlas kepada keluarga saudara Faizal berjumlah RM610.00. Semoga bantuan yang kita sumbangkan dapat merimgankan sedikit bebanan keluarga Faizal.
23 January, 2011
Faizal...kau mendahului kami,..AL-Fatihah.
Subscribe to:
Posts (Atom)