Konsep Sekolah Penyayang merupakan salah satu konsep yang penting dalam sistem pendidikan Malaysia. Konsep Sekolah Penyayang adalah konsep yang mampu menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang. Sekolah Penyayang juga mampu menjana generasi pelajar yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek, jasmani dan mempunyai disiplin diri yang tinggi.
Gejala vandalisme dan ponteng sekolah adalah fenomena yang agak kritikal di sekolah-sekolah pada masa kini. Gejala ini dapat ditangani apabila wujudnya sekolah penyayang. Kerana itu, pihak Kementerian menyarankan agar pihak sekolah menangani masalah ini, terutama ponteng sekolah dengan merealisasikan Sekolah Penyayang supaya para pelajar dapat dibimbing dengan penuh kasih sayang. Apabila wujud suasana kasih sayang dan bimbingan ini, murid akan terpikat, terpanggil dan tergerak untuk ke sekolah.
Tuan Pengetua En Shahrir Bin Abu Bakar berucap semasa merasmikan Pelancaran Sekolah Penyayang. |
Matlamat
* membudayakan sikap kasih sayang serta memiliki sifat kepedulian terhadap apa yang berlaku di sekolah
* menjadikan guru sebagai 'role model' kepada murid melalui sikap penyayang yang ditunjukkan.
* menjanakan kecemerlangan sekolah melalui budaya salam yang dituntut oleh agama.
Objektif
* mewujudkan satu persekitaran sekolah yang harmoni iaitu saling menyayangi antara guru, murid dan pentadbir serta semua warga sekolah.
* menginsafi bahawa insan yang berjaya bukan hanya cemerlang dari segi akademik tetapi cemerlang dengan akhlak yang mulia.
* melahirkan murid yang berilmu dan bersahsiah tinggi.