Showing posts with label KOKURIKULUM. Show all posts
Showing posts with label KOKURIKULUM. Show all posts

30 October, 2014

SMK SYED MOHAMED AL-BUKHARY MENJADI JOHAN BAGI PERINGKAT NEGERI KEDAH DALAM PERTANDINGAN LIGA REMAJA KREATIF 2014.


SMK Syed Mohamed Al-Bukhary telah menyertai Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014 iaitu merupakan satu pertandingan kandungan terbitan tempatan terbaik. Kandungan yang disertakan untuk pertandingan ini adalah dalam bentuk Video, Portal Internet ataupun Aplikasi Mudah Alih. Tema bagi pertandingan ini adalah “Jalur Lebar Untuk Pendidikan” dan mestilah berbahasa Malaysia.
Tarikh Penyertaan : Bermula 28 Mei 2014 hingga 15 Ogos 2014

Maklumat Peraduan
  1. Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014 adalah anjuran bersama oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Radio Televisyen Malaysia (RTM), Telekom Malaysia dan Media Prima Digital. 
  2. Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014 terbuka kepada para pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia. 
  3. Pelajar yang ingin menyertai mestilah warganegara Malaysia. 
  4. Penyertaan adalah secara berkumpulan dan setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada empat (4) orang pelajar. 
  5. Setiap kumpulan boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. 
Pada awal bulan Oktober pemilihan pemenang bagi pertandingan ini telah dijalankan, SMK Syed Mohamed Al-Bukhary telah berjaya dipilih diantara 10 video terbaik bagi negeri Kedah. SMK Syed Mohamed Al-Bukhary telah dijemput untuk menghadiri majlis penyampaian hadian bagi zon utara yang diadakan yang di Hotel Sunway, Seberang Jaya pada 16 Oktober 2014 yang lalu.

Dalam Majlis yang penuh debaran itu telah mengumumkan bahawa SMK Syed Mohd Al-Bukhary telah berjaya menjadi Johan bagi negeri Kedah seterusnya mewakili negeri Kedah ke peringkat kebangsaan.

Senarai nama pelajar SMK Syed Mohamed Al-Bukhary yang berjaya menjadi Johan peringkat negeri Kedah bagi Pertandingan liga Remaja Kreatif 2014 ini ialah:
  1. Mohammad Akmal Bin Abd Aziz – Tingkatan 5 Ibnu Yasmin 
  2. Mohd Amirul Aiman Bin Mohamad Zohir – Tingkatan 5 Ibnu Yasmin 
  3. Ashabila Ezzwin Bt Abd Rahim– Tingkatan 5 Ibnu Yasmin 
  4. Muhd Faiz B. Salihan – Tingkatan 5 Ibnu Yasmin
Gambar para pemenang bersama guru pembimbing

Hadiah tempat pertama yang dimenangi adalah berupa cek bernilai RM5,000.00 berserta 4 x kamera digital & sijil penyertaan.

Semoga SMK Syed Mohamed Al-Bukhary akan menempa kejayaan diperingkat Kebangsaan pula yang kemungkinan keputusannya akan diumumkan pada awal bulan Disember 2014.

16 July, 2011

Penghasilan Kraf daripada Bahan buangan.

Pertandingan menghasilkan  ciptaan kreatif daripada bahan-bahan buangan merupakan program yang telah dianjurkan oleh Unit Kolurikulum Sekolah pada tahun ini. Pertandingan ini diwajibkan kepada semua kelab dan persatuan akademik SMKSMAB. Bertempat di kantin sekolah pada Selasa  12 Julai 2011, pertandingan ini telah memperlihatkan kreativiti para pelajar bagi menghasilkan bahan baru daripada bahan terbuang. 

Pn Ong Yain Chaing dari Kelab Alam Sekitar telah ditugaskan menjadi penyelaras kepada pertandingan ini.  Bermula jam 2.30 petang, semua pelajar dengan dipantau oleh guru persatuan masing-masing mula berkreatif menggunakan bahan terbuang seperti kertas, botol minuman, kotak dan lain-lain bahan buangan. Tepat jam 4.00 petang semua hasilan pun dipamerkan,...haaaaahhh...baru tahu rupanya pelajar SMKSMAB semuanya kreatif...jom tengok hasilnya..

Hasilan yang memenangi hadiah utama.

Berkreatif dengan bahan terbuang.
Kelab Bahasa Inggeris di bawah bimbingan Puan Suhaila.
Puan Zaitun bersama pelajar dari Kelab Bahasa Melayu

Penolong Kanan Kokurikulum bersama pelajar yang berjaya dalam Pertandingan Kraf.

09 July, 2011

Kem Bersatu Unit Berunifom 2011

Pada Khamis 7 hb Julai 2011, seramai 86 pelajar SMKSMAB yang terpilih telah menyertai Kem Bersatu Unit Berunifom yang telah diadakan di Kem Tentera Wataniah Kepala Batas. Kem ini dilangsungkan selama 3 hari 2 malam bermula pagi Khamis seningga Sabtu, 9 Julai 2011. Kem ini dikendalikan sendiri oleh pegawai tentera yang dilantik iaitu Leftenan Kolonel Tuan Haji Mohd Noor Bin Hasnaamin, Ketua Cawangan Latih Regimen 513 Askar Wataniah. Kem Bukit Pinang.
Kem ini bertujuan mendidik para pelajar dengan sikap bertanggungjawab serta berdisiplin dalam menjalani kehidupan seharian. Mereka didedahkan dengan pelbagai pengetahuan terutamanya berkaitan kerjaya sebagai ahli tentera, latihan kawad yang betul, menepati masa serta pelbagai aktiviti dalam kumpulan.
 
Latihan dan demontrasi cara menggunakan senjata didedahkan buat semua pelatih.              




Tuan pengetua Puan Hajah Dewi Rosnah Binti Radin Suhadi memeriksa perbarisan platun ke 3 yang menjuarai kategori Platun Terbaik Keseluruhan pada acara penutup Kem Bersatu Unit Beruniform.
Madam dewi membalas tabik hormat pada hari penutup Kem. Kelihatan juga Tuan Leftenan Kolonel Tuan Haji Mohd Noor Bin Hasnaamin, Ketua Cawangan Latih Regimen 513 Askar Wataniah. Kem Bukit Pinang serta anggota tentera yang terlbat sebagai jurulatih serta Penolong Kanan Kokurikulum SMKSMAB, Pn Fauziah Bt Ahmad.
 Majlis penutup diserikan dengan kehadiran Tuan pengetua, Puan Hajah Dewi Rosnah binti Radin Suhadi,  Penolong Kanan Puan Jamaliah Bt Abdul Fatah, Pen Kanan Kokurikulum Pn Pauziah Bt Ahmad, Guru Kanan Kemanusiaan Puan Jaliah Bt Juewani, Guru Kanan Teknik Vokasional Puan Anisah Bt Ahmad serta Kaunselor sekolah Puan Zauyah bt Ismail.
Turut hadir dan memantau perjalanan di sepanjang Kem tersebut adalah guru-guru penyelaras dari unit beruniform SMKSMAB yang bergilir-gilir mengawasi dan memastikan semua program yang dijalankan berjalan lancar.


Pelatih lelaki terbaik : Mohd Sofwan Azim dari Tingkatan 5 AK
Pelatih Perempuan Terbaik : Nurul Adiyan  Bt Che Mahadi dari Tingkatan 2A1
Platun Terbaik Keseluruhan : Platun 3.


Selain aktiviti yang berbentuk latihan fizikal, para pelajar juga didedahkan dengan aktiviti kerohanian seperti bersembahyang malam serta bersolat jemaah. Selain itu tazkirah juga diadakan selepas berjemaah solat subuh yang dikendalikan sendiri  oleh Ustaz Zaki selaku Komanden Kem, Cikgu Razif dan jurulatih di surau dalam kem tersebut.
Tahniah semua pelatih. Semoga semua yang dipelajari di kem ini akan dijadikan pedoman dan iktibar bagi menjalani kehidupan yang lebih baik sebagai warganegara Malaysia yang berdaulat dan berdisiplin. Terima kasih semua yang terlibat.

26 January, 2011

Perhimpunan Kokurulum kali pertama sesi 2011.

Kelihatan barisan pentadbiran SMKSMAB segak beruniform.
Selasa, 25 Januari 2011. Berlangsunglah majlis perhimpunan rasmi kokurikulum yang dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar-pelajar dari pasukan unit berunifom. Perhimpuan kali pertama sesi persekolahan 2011 ini dikendalikan oleh pasukan Kadet Remaja Sekolah (KRS). Alhamdulillah, pasukan KRS berjaya melaksanakan tugasan kali ini dengan jayanya. Sudah menjadi ketetapan bagi semua sekolah bagi mengadakan perhimpuan kokurikulum pada minggu ke3 setiap bulan. Perhimpunan pagi ini berjalan lancar sekali. 

Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan Negaraku, Kedah Gemilang dan Lagu Sekolah “Usaha Sinar Kejayaan”. Istimewanya lagu sekolah diiringi dengan irama patriotik daripada Pasukan Tambor. Meremang bulu roma melihat kesungguhan pasukan tambor memainkan irama lagu sekolah dengan baik sekali.  Para guru dan pelajar segak berunifom mengikut unit masing-masing. Keadaan ini menimbulkan suasana keceriaan dalam disiplin yang tinggi. Syabas semua pelajar,..arahan memakai uniform dipatuhi dengan baik sekali. Tahniah.

Para pelajar SMKSMAB yang  berdisiplin tinggi...putera dan puteri pewaris Al-Bukhary.

09 April, 2010

Pasukan Bola Tampar Perempuan Pertama mewakili SMKSMAB



  Berdiri : Fatihah - Muslihah -Fatin - Wartdatul Husna - Amalina - Elisha
  Duduk : Hana - Atikah - Bie - Elisha - Maisarah - Syaza

02 March, 2010

Sukantara SMKSMAB


Acara melempar cakera.........

Guru-guru yang turun padang walaupun terpaksa berhadapan dengan cuaca panas .......demi tugas itu semua bukan alasan...(^_^)

Bermula 1 mac bersamaan hari Isnin 2010 , SMK Syed Mohamed Al-Bukhary telah mengadakan saringan bagi acara olahraga untuk sukan tahunan yang akan diadakan pada 11 mac ini ......Pelbagai acara telah dipertandingkan dan sambutan serta sokongan daripada pihak guru dan pelajar begitu menggalakkan..........
Related Posts with Thumbnails