LAWATAN PENANDA ARASAN PROGRAM i-THINK KE SMK TUN HUSSEIN ONN –
JUMAAT 11 APRIL 2014
Program i-THINK merupakan projek bersama oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Agensi Inovasi Malaysia (AIM). Pelancaran program rintis i-THINK telah pun dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib bin Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 13 Mac 2012 di bangunan Parlimen dan 10 buah sekolah telah terpilih dalam projek rintis i-THINK. Program i-THINK akan diperluaskan ke 500 buah sekolah di Malaysia pada tahun 2013 dan semua sekolah pada tahun 2014.
SMK Tun Hussein Onn, Pulau Pinang merupakan salah sebuah dari 10 buah sekolah perintis bagi program i-think ini. |
|
Lawatan ini disertai oleh semua guru tingkatan, penyelia tingkatan serta pihak pengurusan. |
|
Visi dan Misi SMK Tun Hussein Onn |
|
Tuan pengetua SMK Syed Mohamed Al-Bukhary bersama rakan sejawat dari SMK Tun Hussein Onn. |
Melalui Program i-THINK, 8 PETA PEMIKIRAN yang diperkenalkan dengan tujuan dan objektif yang berbeza di samping proses pemikiran masing-masing dapat diaplikasikan dalam proses Pengajaran Dan Pembelajaran di dalam kelas mengikut topik yang bersesuaian dengan Peta Pemikiran yang dipilih.
|
Guru-guru tekun mendengar dan menimba ilmu. |
|
Para pelajar yang sudah terasuh dengan teknik pembelajaran i-Think mempamerkan kebolehan mereka berfikir dengan kreatif dan kritis berdasarkan 8 peta pemikiran. |
Di akhir acara lawatan ini, En Shahrir B. Abu Bakar selaku pengetua SMK Syed Mohamed Al-Bukhary dan En Ahmad Ezzat Bin Ismail, pengetua SMK Tun Hussein Onn saling bertukar cenderahati sebagai kenangan untuk lawatan ini. Semoga usahasama ini akan memberikan kegemilangan terhadap kedua buah sekolah. In sya Allah.