Pada Khamis 7 hb Julai 2011, seramai 86 pelajar SMKSMAB yang terpilih telah menyertai Kem Bersatu Unit Berunifom yang telah diadakan di Kem Tentera Wataniah Kepala Batas. Kem ini dilangsungkan selama 3 hari 2 malam bermula pagi Khamis seningga Sabtu, 9 Julai 2011. Kem ini dikendalikan sendiri oleh pegawai tentera yang dilantik iaitu Leftenan Kolonel Tuan Haji Mohd Noor Bin Hasnaamin, Ketua Cawangan Latih Regimen 513 Askar Wataniah. Kem Bukit Pinang.
Kem ini bertujuan mendidik para pelajar dengan sikap bertanggungjawab serta berdisiplin dalam menjalani kehidupan seharian. Mereka didedahkan dengan pelbagai pengetahuan terutamanya berkaitan kerjaya sebagai ahli tentera, latihan kawad yang betul, menepati masa serta pelbagai aktiviti dalam kumpulan.Latihan dan demontrasi cara menggunakan senjata didedahkan buat semua pelatih. |
Tuan pengetua Puan Hajah Dewi Rosnah Binti Radin Suhadi memeriksa perbarisan platun ke 3 yang menjuarai kategori Platun Terbaik Keseluruhan pada acara penutup Kem Bersatu Unit Beruniform. |
Majlis penutup diserikan dengan kehadiran Tuan pengetua, Puan Hajah Dewi Rosnah binti Radin Suhadi, Penolong Kanan Puan Jamaliah Bt Abdul Fatah, Pen Kanan Kokurikulum Pn Pauziah Bt Ahmad, Guru Kanan Kemanusiaan Puan Jaliah Bt Juewani, Guru Kanan Teknik Vokasional Puan Anisah Bt Ahmad serta Kaunselor sekolah Puan Zauyah bt Ismail.
Turut hadir dan memantau perjalanan di sepanjang Kem tersebut adalah guru-guru penyelaras dari unit beruniform SMKSMAB yang bergilir-gilir mengawasi dan memastikan semua program yang dijalankan berjalan lancar.
Pelatih lelaki terbaik : Mohd Sofwan Azim dari Tingkatan 5 AK
Pelatih Perempuan Terbaik : Nurul Adiyan Bt Che Mahadi dari Tingkatan 2A1
Platun Terbaik Keseluruhan : Platun 3.
Selain aktiviti yang berbentuk latihan fizikal, para pelajar juga didedahkan dengan aktiviti kerohanian seperti bersembahyang malam serta bersolat jemaah. Selain itu tazkirah juga diadakan selepas berjemaah solat subuh yang dikendalikan sendiri oleh Ustaz Zaki selaku Komanden Kem, Cikgu Razif dan jurulatih di surau dalam kem tersebut.
Tahniah semua pelatih. Semoga semua yang dipelajari di kem ini akan dijadikan pedoman dan iktibar bagi menjalani kehidupan yang lebih baik sebagai warganegara Malaysia yang berdaulat dan berdisiplin. Terima kasih semua yang terlibat.
Tahniah semua pelatih. Semoga semua yang dipelajari di kem ini akan dijadikan pedoman dan iktibar bagi menjalani kehidupan yang lebih baik sebagai warganegara Malaysia yang berdaulat dan berdisiplin. Terima kasih semua yang terlibat.