Showing posts with label Aktiviti Asrama. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Asrama. Show all posts

31 December, 2013

Pendaftaran Pelajar Asrama SMKSMAB 2014

Bertempat di asrama sekolah hari ini bersamaan 31 Disember 2013, para pelajar yang dijadualkan akan tinggal di asrama untuk sesi persekolahan 2014 nanti mula mendaftarkan diri. Sesi pendaftaran juga menyaksikan pelajar baru khususnya dari Tingkatan 1 turut dihantar oleh para waris masing-masing.




Sesi pendaftaran dimulakan jam 8.30 pagi di mana semua waris dan anak masing-masing berkumpul di Dewan Makan asrama. Acara dimulakan dengan taklimat oleh Yang Berbahagia Tuan Pengetua SMKSMAB En Shahrir Bin Abu Bakar.




Selepas taklimat daripada Tuan Pengetua, jam 9.30 pagi, satu sesi ceramah keibubapan meneruskan majlis shahdu hari ini - Ramai para pelajar dan ibu bapa yang terkesan dengan isi ceramah sehingga menimbulkan kesan pilu dan terharu. 


Majlis diteruskan dengan sesi jamuan makan dan selanjutnya pelajar mendaftar masuk ke asrama. Pelbagai gelagat dan ragam pelajar khasnya yang baru pertama kali berhadapan dengan suasana yang baru. Semoga para pelajar bersyukur dengan rencamnya kemudahan yang disediakan untuk mereka serta berazam akan belajar bersungguh-sungguh.



31 October, 2013

Malam Anugerah Cemerlang Asrama SMKSMAB 2013

Pada hari Rabu, 30 Oktober 2013, bertempat di Dewan Makan asrama sekolah (Dewan As-Syakirin), telah berlangsung Anugerah Cemerlang Asrama 2013. Anugerah tahunan ini adalah bukti pihak sekolah mengambil berat serta menghargai para penghuni asrama yang terdiri daripada para pelajar, guru-guru dan petugas asrama.
























Related Posts with Thumbnails