Ramadhan datang lagi,..alhamdulillah warga SMK Syed Mohamed Al-Bukhary sememangnya bersedia bagi mengisi bulan kemuliaan Islam ini dengan pelbagai aktiviti penghayatan. Panitia Pendidikan Islam telah mengambil inisiatif bagi menjayakan program Ihya Ramadhan 1433 hijrah kali ini dengan menyusun pelbagai aktiviti samada buat guru atau pelajar.
|
Tuan Pengetua SMK Syed Mohamed Al-Bukhary, Puan Hajah Dewi Rosnah Bt Radin Suhadi semasa merasmikan pelancaran Ihya Ramadhan 1433 Hijrah. |
Majlis pelancaran Ihya Ramadhan dijalankan dengan penuh meriah pada 16 Julai lalu. Selari dengan itu setiap saat Ramadhan yang berlalu dimanfaatkan sebaiknya oleh semua warga sekolah. Guru-guru lelaki dan wanita menjayakan kumpulan-kumpulan kecil untuk bertadarrus. Pada waktu rehat pula, para pelajar bergegas ke surau untuk bersolat sunat Dhuha serta bertadarus. Selain itu, pada waktu rehat juga persekitaran sekolah dialunkan oleh gema zikir memuji Allah. Bacaan yassin setiap pagi pula diteruskan dengan penuh bersemangat. Semoga semua amal kebaikan ini akan menyemarakkan rasa takwa dalam diri setiap warga Al-Bukhary. Insyaallah, sekolah yang kita semua sayangi ini akan dilimpahi rahmat dah hidayah Allah. Amin.