31 July, 2010

Program Qiamullail Tingkatan 5

Bertempat di Dewan Iltizam dan surau SMKSMAB pada 17 Julai lalu, satu program Qiamullail telah dijalankan khusus kepada semua calon SPM 2010. Bermula jam 6.00 petang, sesi pendaftaran dijalankan, diikuti dengan solat maghrib dan Isya berjemaah, Bacaan yassin, Ceramah motivasi dan seterusnya acara sembahyang malam (solat sunat tahajud, hajat, taubat dan witir) selepas tidur sebentar. Program ini diakhiri  dengan kuliah subuh pada pagi berikutnya. Sebelum semua pelajar dibenarkan pulang mereka diberi sarapan pagi.
Objektif program ini ialah memberi pendedahan kepada pelajar untuk mempertingkatkan amalan beribadah serta berusaha menghidupkan amalan sunnah nabi Muhammad s.a.w. Semua ini bertujuan memberi ketenangan serta memantapkan kerohanian menjelang peperiksaan supaya mereka lebih bersedia bukan sahaja dari segi akademik malah mental juga. Semoga program yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam ini berjaya mengisi kekosongan jiwa pelajar dan seterusnya berusaha dengan lebih sistematik menjelang peperiksaan yang semakin hampir.

Sesi pendaftaran pelajar bermula jam 6 petang, dikendalikan oleh Cikgu Rohaniah dan Cikgu Azizahwati.

 
Ustazah Rita Juraida sempat memberi taklimat kepada semua pelajar terlibat mengenai acara yang akan dijalankan supaya pelajar memahami serta dapat menjalani ibadah ini dengan lancar dan teratur.







Ustaz Khairul Bazli memimpin pelajar membaca yassin setelah bersolat berjemaah Maghrib bersama. Semoga aktiviti mulia ini mampu membersihkan minda pelajar untuk lebih bersedia menghadapi sebarang ujian  dalam kehidupan seharian bukan sahaja terhad semasa mengambil SPM nanti, InsyaAllah.
Related Posts with Thumbnails